Dilabel makin gemuk, Puteri Sarah ‘sound’ netizen- “Ada ke kau tengok orang bahagia makin kurus?”

Berikutan makin berisi dan dagunya berlapis, Puteri Sarah menjadi mangsa bodyshaming netizen hingga melabelkannya gemuk.

Namun, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, mendakwa bahawa hanya mereka yang tidak bahagia yang cuba untuk tampil kurus, berbeza dengan dirinya yang telah melalui episod derita dan kini telah tamat.

“Mestilah dah gemuk, aku sudah gembira sekarang, aku dah bahagia mestilah dah berisi.

“Ade ke kau tengok orang bahagia makin kurus?

“Orang tak bahagia je kurus, kalau orang bahagia dia mesti berisi,” ujarnya menerusi sebuah video dalam TikTok.

Netizen turut dilihat mengiyakan kata-kata Puteri Sarah dan juga melemparkan komen yang agak pedas kepada bekas madunya iaitu Ira Kazar.

“Betul kata Sarah, tengok sajalah orang sebelah sana (Ira Kazar), berjaya merampas tapi kebahagian tidak terbit jua, kurus kering dibuatnya makan hati jaga suami liar,” komen netizen itu.

“Setuju 100 peratus, orang tidak bahagia saja boleh kurus kering macam mayat sebab tengah fikir berjuta masalah, kita yang selalu gembira ni elok je naik badan, suami pun makin sayang,” demikian komen seorang lagi netizen.

Baca juga: Ingatkan pakai Alphard orang kaya je, lelaki ini dedah kereta mewah jadi teksi di Jepun-“Kalau rasa dah kaya sangat tengok ni..”