Dilamar jejaka Arab Saudi, doktor terima mas kahwin RM300,000

  • Post author:

Dilamar jejaka Arab Saudi, doktor terima mas kahwin RM300,000. Wanita yang berasal dari Konawe Selatan, Sulawesi Tenggara boleh dikatakan sangat bertuah apabila dia dilamar oleh jejaka dari Arab Saudi, Ahmed dan menerima mas kahwin sebanyak satu bilion rupiah (RM300,000).

Wanita berkenaan yang merupakan seorang doktor pada awalnya diberi mas kahwin berjumlah 1.5 bilion rupiah (RM450,000). Difahamkan, pasangan tersebut mempunyai kelulusan doktor dari Fakulti Perubatan di China lapor Tribun News.

Berkenalan ketika sama-sama belajar

Menurut bapa wanita berkenaan, detik perkenalan antara anaknya dan jejaka Arab itu bermula ketika mereka sedang belajar di China dan mereka sudah berkenalan selama empat tahun.

Meskipun, pada awalnya wanita terbabit berasa ragu-ragu dengan hubungan mereka, namun ia mula berubah apabila Ahmed bersungguh-sungguh ingin mengahwininya.

Dengan berkat kesungguhannya itu, akhirnya dia berjaya meyakinkan wanita yang dicintainya itu untuk menerima lamaran.

Dalam pada itu, bapa wanita terbabit mendedahkan nilai mas kahwin anak perempuannya bukanlah berjumlah 1.5 bilion rupiah (RM450,000) seperti yang tular di media sosial, namun hanyalah satu bilion rupiah (RM300,000) sahaja.

Mas kahwin inisiatif pihak lelaki bukan ditetapkan bapa pengantin

Walau bagaimanapun, mas kahwin itu adalah atas inisiatif daripada pihak lelaki sendiri dan Ahmed turut menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk memberikan mas kahwin sebanyak itu.

Majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan itu diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Desa Montaha, Kecamatan Angata.

Pengantin lelaki yang berasal dari Jeddah itu perlu menguruskan proses pendaftaran pernikahan di Kedutaan Besar di Jakarta dan keluarganya juga perlu menguruskan visa semasa majlis pernikahan.

Baca Juga: Tamatkan zaman bujang di usia 47 tahun, akhirnya kahwini lelaki yang ditentang keluarga

Baca Juga: Gaji RM3000, belia Malaysia kurang minat anggap kerja tebar roti canai untuk warga asing