Dilamar seperti ratu, dihancurkan seperti debu, wanita nekad cerai selepas kantoi suami ‘gay’

Dilamar seperti ratu, dihancurkan seperti debu, wanita nekad cerai selepas kantoi suami ‘gay’. Perkahwinan sepatutnya terbina atas dasar cinta antara lelaki dan wanita. Namun jangan pernah mengahwini seseorang hanya untuk menutup aib yang anda sebenarnya suka kaum sejenis.

Pastinya sakit jika suami anda curang selepas berkahwin, tapi lebih sakit jika dia sebenarnya curang dengan kaum sejenis. Jika suami memilih curang dengan wanita, pastinya kita akan cuba sehabis baik untuk memperbaiki diri kita, tetapi jika memilih curang dengan lelaki, haruskah kita memasang zakar?

Tular mengenai seorang wanita yang mengaku masih dara walapun sudah berkahwin, halnya adalah disebabkan suaminya menyukai kaum sendiri.

Dah kahwin tetapi masih ‘dara’

Menerusi video tersebut, wanita ini terpaksa ‘merelakan’ perkahwinannya berikutan suaminya mempunyai hubungan songsang bersama lelaki lain. Pada awalnya, wanita ini merasakan dia wanita paling bahagia namun sangkaan tersebut meleset sama sekali.

Difahamkan, kegiatan suaminya terbongkar selepas wanita ini mendapati terdapat mesej mesra daripada lelaki lain dan apa yang lebih mengejutkan, sepanjang sudah berkahwin mereka sama sekali tidak pernah ‘bersama’.

I’m married but still virgin.

Bagaimanapun, tidak ada penjelasan lanjut daripada si suami sebelum dia bertindak mengakhiri perhubungan tersebut menerusi mesej.

Di hujung video berkenaan, dapat dilihat sijil penceraian pasangan ini dan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sempat menitipkan kata-kata semangat kepada wanita ini supaya terus cekal mendepani hari-hari mendatang.

Bukan itu sahaja, netizen turut marah akan lelaki berkenaan yang dilihat seolah-olah menggunakan wanita tersebut bagi melindungi ‘dirinya’.

Baca Juga: Wanita mengaku tidak pernah amalkan ajaran Islam, pemohonan semakan murtad ditolak

Baca Juga: Ibu bayi harapkan bukti rakaman BMW mencilok kerana suaminya pula tuduh langgar belakang