‘Dilarang bercakap politik’- Kedai kopi ini tular selepas naik papan tanda larangan berpolitik

Sebuah kedai kopi di Kedah tular kerana telah meletakkan papan tanda larangan berpolitik di kedainya.

Papan tanda yang jarang dijumpai ini menyebut ‘Kedai ini melarang keras perbincangan tentang politik’.

Premis ini terletak di Alor Setar dan difahamkan papan tanda tersebut diletakkan sendiri oleh pelanggan.

Melalui laporan dari China Press, Chen iaitu pemilik Kedai Kopi Shi Gong mendakwa pelanggan melekatkan sendiri papan tanda itu selepas berselisih faham mengenai politik.

“Selepas mereka pergi, mereka kembali dengan papan tanda dua jam kemudian. Mereka pada mulanya mahu melekat dua papan tanda tersebut, tetapi saya mencadangkan untuk menggunakan satu sahaja.

“Ramai pelanggan telah menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan mengenai papan tanda itu dan saya memberi jaminan bahawa mereka masih boleh bercakap tentang politik kerana tiada sekatan ke atasnya,” katanya.

Chen mendakwa beliau mahu menanggalkan papan tanda tersebut namun sering terlupa.

Namun selepas berita tentangnya tular, kedai kopi tersebut dilihat telah menurunkan papan tanda itu.

Baca juga: “Maklong meraung bayi dalam perut bergerak macam nak pecah, terbongkar rupanya abah dalang disebaliknya”