Dine-in restoran akan dibenarkan minggu hadapan di semua negeri?Ini jawapan Menteri

Kebenaran untuk makan di kedai atau restoran (dine-in) adalah antara cadangan yang akan dikemukakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) minggu depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, permohonan itu sebahagian langkah memulih dan merancakkan semula sektor yang terkesan akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Jelasnya, pihaknya cakna terhadap cabaran dan tekanan yang dihadapi pemain industri dalam memastikan kelangsungan perniagaan masing-masing.

“Kita juga meminta supaya MKN buka kebenaran untuk dine-in kerana ini keluhan yang kita terima daripada pemilik-pemilik restoran.

“Kerana, apabila dine-in dibenarkan, maka rantaian itu akan berkembang.

Apabila dine-in, ada orang yang basuh pinggan, ada jaga kaunter, ada tukang lap meja, ada tukang layan pelanggan dan sebagainya.

“Jadi, mereka menyeru dan memohon sungguh-sungguh untuk dibawa ke MKN,” katanya ketika ditemui di sini pada Sabtu.

Justeru, pihaknya berharap MKN dapat mempertimbangkan kelulusan cadangan tersebut dalam kadar segera khususnya di negeri yang telah berada pada fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sebelum ini, Awani melaporkan lebih 100 pengusaha kedai makan, restoran serta kafe di Terengganu merayu agar pihak kerajaan mempertimbangkan kebenaran untuk makan dan minum di kedai berikutan negeri itu telah beralih kepada fasa kedua PPN.

Para peniaga berkata, perniagaan mereka ketika ini bagaikan telur di hujung tanduk susulan pelaksanaan PKP yang dilaksanakan secara berperingkat sejak Mac tahun lalu akibat pandemik Covid-19. – Awani

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/150685/BERITA/Nasional/KPDNHEP-cadang-MKN-beri-kebenaran-dine-in