“Dipaksa berpisah”, ramai terkejut pendedahan terbaru Nedim dan Nora Danish

Pada 19 jun lalu, Nedim dan Nora sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, enam tahun

Namun tidak pun sampai 2 bulan, Hantaran Nedim Nazri semalam mengejutkan rakyat Malaysia apabila menulis tentang bekas isterinya Nora Danish. Sambil mendedikasikan lagu ‘terpaksa berpisah’, Nedim seolah olah berharap agar Nora kembali ke pangkuannya.

Dalam mendoakan kebahagian Nora, Nedim atau lebih mesra disapa Boss Ned sempat menyelitkan harapan untuk kembali bersama dengan bekas isterinya itu.

“Lagu ini hanya untukmu sayang, Nora Danish.

“Saya doakan awak bahagia. Kalau dengan saya, Alhamdulillah tetapi jika tidak, awak adalah cinta dalam hidup saya,” tulisnya di Ig story.

Nedim bagaimanapun berkata beliau tetap reda dengan takdir andai jodohnya dan Nora tidak panjang.

Menurutnya, beliau tetap akan mencintai bekas isternya walau apa jua keadaan.

“Tetapi kalau bukan dengan saya sekalipun, awak masih cinta hati dalam hidup saya,” katanya.

Lagu Dipaksa Berpisah merupakan single terbaharu milik penyanyi Indonesia, Yan Josua.

Menerusi hantaran berbeza, dia juga meminta orang ramai mengulang siar perkongsian tentang lagu tersebut sekiranya mempunyai rasa sayang terhadapnya.

“Kalau anda ada rasa ‘cinta’ terhadap saya, tolonglah ulang siar dan tag saya,” katanya.

Sementara, Nora pula sekadar mengulang siar perkongsian Yan Josua dan memberi ucap selamat kepada penyanyi tersebut.

Baca: Beregu lelaki negara nekad ikut jejak Lee Zii Jia, ini respon mengejutkan BAM