Kemerosotan dalam sektor perkhidmatan awam bermula ketika Dr Mahathir Mohamad pertama kali bertugas sebagai perdana menteri dan sejak itu ia menjadi entiti yang “dipenuhi serta semakin banyak dengan rasuah”, kata seorang bekas diplomat.
Dalam buku terbaharunya, ‘Paradise Lost: Mahathir & The End of Hope’, Dennis Ignatius mendakwa bekas perdana menteri itu memperlekehkan idea pegawai yang menyediakan perkhidmatan tanpa berunsurkan politik.
Beliau mendakwa Mahathir menginginkan birokrasi yang lebih tunduk “sedia melakukan arahannya” dan mereka yang menghalangnya akan ditukarkan.
Katanya, kesetiaan yang membuta tuli menjadi syarat terpenting dalam memajukan kerjaya.
Ignatius berkata, pengganti Mahathir kemudiannya meneruskan dasar seperti itu.
“Hasil keseluruhannya jelas dilihat – perkhidmatan awam yang penuh dan semakin ‘korup’ yang sudah hilang profesionalisme dan kecekapannya.
“Daripada berkhidmat untuk rakyat, kini rakyat pula yang terpaksa berkhidmat kepada penjawat awam,” tulis beliau.
sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/06/kejatuhan-perkhidmatan-awam-mula-ketika-dr-m-jadi-pm-kata-bekas-diplomat/