Dipuji macam anak dara bila berduaan dengan anak, Nora Danish titip nasihat penting-“Yang penting, kita ‘enjoy’! 

“Saya terkejut bila dengar perkara itu. Saya tidak nampak diri ini semuda itu kerana anak sulung pun dah berusia 15 tahun,” kata pelakon jelita Nora Danish, 42.

Nora menjawab demikian ketika diminta mengulas dakwaan netizen yang mengatakan bahawa dia dan anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli, nampak seperti pasangan kekasih dalam perkongsian videonya di Instagram baru-baru ini.

Dia juga tidak menolak ramai remaja kini yang dilihat lebih matang dari usia sebenar.

Nora juga mengatakan dia melayan kedua-dua anaknya seperti kawan baik seiring dengan usia mereka.

“Kadang-kadang, mereka lagi cerdik daripada kita dan kita pula yang ‘disekolahkan’ mereka.

“Walaupun saya melayan anak-anak seperti kawan baik tetapi sebagai ibu, saya tetap bersikap tegas dan pada masa sama memahami,” katanya.

Apabila ditanya mengenai cara mendidik anak, Nora berkata bahawa kita juga perlu berhati-hati untuk tidak terlalu tegas sehingga mewujudkan halangan dalam hubungan dengan anak-anak.

“Kadang-kadang, bila kita terlalu tegas dengan anak-anak dan letak halangan mereka tidak mahu kongsi masalah pula.

“Kita perlu buat anak-anak seperti kawan dan menjadi geng terutama dua anak saya lelaki,” katanya yang turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Mohamed Neqayl atau Nene, 6.

Baca juga: Wanita kongsi tips senang tanam pokok tomato, rupanya ‘jentik’ je terus subur