Ramai yang mengetahui kisah pembunuhan pemimpin utama Hamas iaitu Ismail Haniyeh yang turut diratapi keseluruhan umat Islam di dunia.
Ini kerana kisah pembunuhannya dianggap bacul kerana rejim Israel membunuhnya secara sembunyi dan bukan di medan perang.
Ismail Haniyeh memegang portfolio sebagai pemimpin utama Hamas dan telah bertempur di Perang Hijarah al-Sijjil dan perang al-asf al-ma’kul.
Haniyeh turut menjadi Perdana Menteri bagi Palestin selama satu tempoh iaitu pada pilihanraya tahun 2006.
Meskipun dibunuh dalam serangan itu, namun kematian Haniyeh dianggap sebagai satu titik perubahan kritial dalam pertempuran yang kini sedang berlangsung.
Menurut Hamas, pembunuhan pemimpin mereka ini sama sekali tidak akan memberi manfaat kepada Netanyahu kerana kumpulan Islam ini terkenal dengan kemampuan mereka menggantikan pemimpin dengan kadar segera.
Ini sekaligus menghapuskan sesetengah tanggapan bahawa kumpulan Islam ini akan mengalah kerana kehilangan pemimpin yang mereka hormati.