Seorang lelaki yang tampil di dalam sebuah video tular di Apartmen Idaman, Damansara Damai semalam mencuri perhatian ramai.
Ramai yang membuat spekulasi lelaki tersebut dilihat sangat mencurigakan dan mempunyai niat tidak baik.
Individu tersebut yang memakai kemeja-T berwarna hijau itu turut dikaitkan dengan kes kematian Zayn Rayyan yang mati dibunuh pada 6 Disember tahun lalu.
Lelaki tersebut yang dikenali dengan nama Azmi akhirnya tampil menjelaskan bahawa niat sebenarnya hanyalah ingin memberi makan dan minuman kepada petugas media di situ.
Beliau turut mendedahkan dirinya mendiami kediaman bersebelahan apartment Zayn Rayyan dan tidak mempunyai niat buruk yang lain.
“Korang ni, itu saya. Saya tinggal di perumahan sebelah tu je.”
“Saya tapau makanan dan teh ais je.”
Semalam, ibu Zayn Rayyan telah dibawa ke kediaman di Blok R Apartment Idaman untuk melakonkan semula aksi kejadian. Pasangan suami isteri itu kini direman dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Baca juga: Tiga beradik teruja dapat pulang sekolah awal, guru tak sampai hati bagitahu bapa baru meninggal