Disangkanya ikan bilis rupanya bangkai cicak elok berada di atas nasi lemak yang dibeli di sebauah gerai yang dipercayai di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur berdasarkan lokasi pinned di dalam video tersebut.
Baru-baru ini, tular video seorang individu di TikTok menunjukkkan nasi lemak daun pisang yang dibelinya mempunyai sesuatu yang membuatkan warga maya mual.
Apa yang mengejutkan, nasi lemak yang seperti biasa akan dilengkapi dengan sambal ikan bilis atau lauk lain didatangi dengan bangkai seekor cicak.
Menerusi video yang berdurasi 18 saat itu, kelihatan jelas bangkai seekor cicak yang terkulai di atas nasi lemak yang disiram dengan sambal.
Meniaga boleh tak jangan pengotor sangat? Ini pengotor tahap apa ni… Cicak sebesar alam boleh ada dalam nasi lemak ni. Hilang selera makan aku.
Individu itu berkata nasi lemak yang mempunyai bangkai cicak itu dibeli dari gerai penjaja di tetap jalan.
Dalam pada itu, lokasi gerai itu dipercayai di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur berdasarkan lokasi pinned di dalam video tersebut.
Malah, individu itu turut meluahkan rasa kecewa dengan tahap kebersihan pengendalian makanan oleh penjaja berkenaan sehingga membuatkan dia trauma.
Sebelum makan check la dulu ya. Fobia aku nak beli nasi lemak tepi jalan.
Video yang tular itu telah meraih hampir 600,00 jumlah tonton malah mengundang pelbagai komen netizen.
Rata-rata warga maya meluahkan rasa geli dan mual, malah ada juga netizen yang kecewa dengan sikap peniaga itu tidak mementingkan soal kebersihan.