Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengakui bahawa beliau masih belum mempunyai teman wanita disebabkan kesibukan dengan tugas kerjanya.
Dalam video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @jajanan.kch, Tengku Hassanal terlihat beramah mesra bersama penduduk Kuching yang telah hadir seawal pukul 7 pagi untuk bertemu dengannya Baginda.
Ketika memberikan tanda tangan, seorang wanita sempat bertanya kepada Tengku Hassanal apakah beliau sudah mempunyai teman wanita.
“Tak ada ‘girlfriend’. Kerja dulu,” jawab Tengku Hassanal sambil tersenyum.
Jawapannya itu telah memberikan peluang kedua kepada para peminatnya yang beranggapan mereka masih mempunyai peluang untuk berjodohan dengan Putera Raja.
“Alhamdulillah, tenang saya tidur dengar jawapan Tengku,” komen Wawa.
“Terima kasih sebab tolong wakilkan kami tanya Tengku. Gembira rasa masih ada lagi peluang,” komen Bon.
“Ingat pesan Tengku. Kerja dahulu baru fikir pasal kahwin. Daulat Tuanku,” komen pengguna yang lain pula.
Sehingga kini, videonya mendapat 1.6 juta tontonan, 133,700 tanda suka dan 6,693 perkongsian.
Baca juga: “Suami asyik minta rantai emas sebab nak pajak, kali ketiga dia mintak aku terus naik angin”