Ada sebab kenapa ayat ‘Kebersihan separuh dari iman’ itu muncul. Ia kerana perlunya menjaga kebersihan diri supaya terhindar dari penyakit contohnya apabila berkuku panjang ia bakal menjemput kuman masuk ke dalam mulut ketika makan.
Zaman kini ia telah menjadi perkara wajib andai ingin memilih jodoh kerana jika dari luaran sudah kelihatan kotor apatah lagi dalaman yang tidak kelihatan.
Wanita ini berkongsi kisah apabila bercinta dengan seorang lelaki duda yang dalam pengamatannya sangat bertanggungjawab namun mengakhiri hubungan selepas pertemuan pertama.
Aku Emma Z berusia 37 tahun dan masih bujang lagi. Semestinya di usia begini, aku berusaha keras untuk cari jodoh. Aku ringkaskan cerita terus ya! Tahun lepas, aku ada berkenalan seorang lelaki, dia duda anak lima.
Aku namakannya duda X. Anak-anak dia semuanya lelaki! Perkenalan aku dengan X bermula di apps datings. Biasalah bila umur dah meningkat, aku cuba macam macam platform untuk dapatkan ‘jodoh’. Dari situ, kami bertukar-tukar nombor telefon.
X pencen pegawai beruniform di jabatan kerajaan, tapi masih gigih lagi mencari rezeki untuk keselesaan keluarga. Itu yang membuatkan aku kagum dengan dia! Lagi membuatkan aku dalam dilema, sifat ambil berat dia sentiasa call atau video call untuk tahu keadaan aku bagaimana. Cukup makan ke, cukup minum ke apa.
Jujurnya waktu itu, aku macam terdesak sesangat nak kahwin, terasa otak terapung – apung di ud4ra! Aku pernah bertanyakan dia, kenapa bercerai dengan bekas isteri. Katanya, masa lockdown hari tu, bekas isteri tuntut cerai lalu tinggalkan anak-anak begitu saja.
Setibanya dia kembali ke rumah, surat dari mahkamah ada depan pintu rumah. Dia pun tak tahu kenapa, isteri tiba-tiba menuntut cerai lalu tinggalkan dia dan anak-anak begitu saja. Awal aku dengar kisahnya, aku bersimpati!
Tapi keliru, kenapa seorang ibu tergamak tinggalkan anak begitu saja? Kata X kepadaku, “kalau kita jadi kahwin esok nanti, awak duduk di rumah saja tak perlu penat bekerja. Saya bagi elaun isteri 1k setiap bulan untuk awak!
Awak tolong tengokkan anak-anak saya dan jaga ibu saya sudah tua. Awak hantar dan ambik anak-anak saya di sekolah saja. Anak-anak saya semua dah pandai urus diri dan besar semuanya. Rumah saya complete semua barang ada, kereta motorsikal pun ada.
Kalau awak nak cari duit lebih, rumah saya ada stall burger. Awak berniaga burger jer depan rumah, laku tau awak! Tak menang tangan saya dibuatnya” Katanya dengan bersemangat dan senyum bangga. Dalam hatiku, pandainya nak atur hidup orang ye.
Bab makan hari-hari untuk keluarganya, semuanya hasil dari restoran tempat dia bekerja. Ibunya yang tua, sekadar memanaskan lauk saja untuk anak- anaknya makan. Anak-anaknya hari-hari berbaju hitam, aku agak skeptikal skit dengan orang berbaju hitam sama ada jenis hygiene atau pengotor.
Waktu X off day, dia bawa semua anaknya makan KFC. Ya, X memang seorang bapa penyayang dan peka akan kebajikan keluarga! Itu membuatkan aku bertambah kagum dengannya dan dalam dilema. Suatu hari X up gambar- gambar semua tunjuk anak-anaknya tengah makan, suasana di rumah dan lain – lain.
Selepas tengok semua gambar itu, tergamam aku dibuatnya! Suasana rumah bersawang, kotor, tak terurus, keadaan rumah agak dhaif padahal dirinya income tebal, botol susu anaknya boleh berdaki meh! X pernah bercerita, dia tak nak menyusahkan ibunya yang tua buat kerja-kerja rumah semua.
Dia setiap kali habis bekerja, dialah basuh baju, cuci pinggan mangkuk dll. X minta bantuan aku, uruskan kesemuanya. Aku dilema! Adakala aku terfikir, anak – anak tak diajar bab kerja rumahkah? X sebolehnya hari-hari nak jumpa dengan aku katanya rindu.
Kali ini, kami face to face di kedai mamak berdekatan rumah aku jam 3 pagi. Aku tergamam melihat penampilannya di hari pertama bersua muka. X bab hygiene totally out! Telinga berdaki, bulu hidung panjang, kuku agak panjang dan hitam, bibir hitam (katanya dah stop smoking, entahlah) dan lain-lain lagi.
Aku tak pasti, adakah X perasan dengan penelitian aku begini. Selepas aku teliti dirinya, terus aku tunduk dan pandang meja. Sebenarnya aku nak termunt4h! Aku faham, dia sibuk dengan kerja tetapi bab kebersihan diri tak kan tak dijaga dengan sempurna kan? Entahlah.
Lepas itu, aku mesej dia cara baik, aku cakap tak boleh teruskan hubungan ini. Tapi aku tak cakaplah sebab aku geli dengan dia. Adakala aku terfikir, X ini perlukan bibik agaknya bukanlah isteri. Tetapi, bibik boleh bertahan ker dengan bayaran 1k setiap bulan?
Rasanya gaji pembantu rumah dari negara luar pun dah mahal kan. Ada lagi beberapa duda aku sempat berkenalan, buatkan kepala aku pening! Haihh.. kenapalah banyak sangkut duda je kan, mungkin sebab umur aku pun dah lanjut, lelaki bujang semua dah takde. Kalau aku rajin, nantilah aku kongsikan. Entahlah bab jodoh ini, memeningkan! – Emma Z. (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Perangi ketagihan internet, China bakal sekat penggunaan telefon bimbit waktu malam