Disuruh ‘kerja’ lebih 25 tahun tapi enggan bayar gaji, lelaki ini diarah bayar RM1 juta

Seorang ahli perniagaan diarahkan membayar RM1 juta kepada bekas isterinya gara-gara ‘melantiknya’ menjadi suri rumah selama 25 tahun tanpa gaji.

Memetik Metro UK, difahamkan kadar bayaran itu ditentukan berdasarkan paras gaji minimum pekerjaan yang berkaitan sepanjang perkahwinan mereka.

Lelaki tersebut diperintahkan untuk menyerahkan wang berkenaan kepada bekas isterinya sebagai jalan penyelesaian kes penceraian mereka.

Keputusan itu dibuat oleh hakim mahkamah, Laura Ruiz Alaminos dalam satu pendakwaan di sebuah mahkamah di Velez-Malaga, selatan Sepanyol.

Dalam prosiding berkenaan, pihak mahkamah mendapati ibu kepada dua anak perempuan itu ‘disuruh’ untuk bertanggungjawab menjaga keseluruhan rumah mereka.

Difahamkan dia terpaksa menghabiskan banyak masa hanya untuk berkhidmat di rumah seperti kerja-kerja menjaga (rumah), urus keluarga dan segala-galanya.

Seperti yang dikongsikan kepada umum semasa temu bual bersama siaran radio Cadena Ser sebelum itu, wanita terbabit mendedahkan suaminya hanya dia bekerja dalam rumah sahaja.

Jelasnya, ada kalanya dia ‘bekerja’ dalam bilik gim milik suaminya, mengendalikan sebarang hal ehwal semasa (di rumah) serta bertugas sebagai pemantau (keselamatan).

“Saya telah mendedikasikan diri saya secara eksklusif untuk kerja-kerja rumah, menjaga suami dan keluarga.

“Dia membuatkan saya mengambil tanggungjawab khusus dengan membuat segala kerja rumah sampaikan saya tidak banyak masa untuk buat benda lain,” luahnya.

Bagaimanapun tempoh perkahwinan mereka akhirnya sampai ke penghujung apabila mereka memfailkan penceraian dan tidak lagi mahu bersama.

Namun difahamkan perpisahan mereka ‘tertakluk’ dengan pemisahan harta yang bermakna pendapatan setiap pihak adalah milik masing-masing sahaja.

Difahamkan, wanita itu tidak mendapat haknya kerana dia tidak boleh mengakses mana-mana sumber harta mahupun kekayaan mereka perkongsian mereka.

“Jelas sekali ini adalah kes penderaan yang dikecualikan sepenuhnya daripada segi kewangan (oleh bekas suami saya) dengan tiada apa-apa lagi selepas perkahwinan saya berakhir.

“Jadi, saya dan anak-anak perempuan saya tiada apa-apa selepas bertahun-tahun meletakkan segala-galanya seperti masa, tenaga dan kasih sayang dalam keluarga.

“Saya tidak pernah dibenarkan mengakses hal ehwal kewangannya kerana semua atas namanya,” katanya.

Sungguh pun begitu, wanita terbabit mengatakan bahawa dia tetap menyokong suaminya dalam kerja dan dalam keluarga sebagai ibu bapa (ketika sebelum cerai).

Difahamkan, bekas suaminya yang berhasrat untuk membahagikan rumah dan harta benda mereka selepas penceraian itu berkemungkinan akan merayu semula keputusan mahkamah tersebut.

Selain itu, bekas suaminya juga diperintah untuk menanggung pencennya yang berjumlah RM2,378 sebulan.

Manakala RM1,955 dan RM2,855 lagi pula perlu dibayar kepada dua anak mereka yang kini masing-masing berumur 20 dan 14 tahun.

Baca juga: Susulan dakwaan nasi ayam claypot terdapat bahan terlarang, ini penjelasan tuan kedai