Lelaki T’ganu buat hal dalam surau, buka zip tunjuk kemaluan kepada doktor wanita

Gara-gara menunjukkan kemaluan di depan doktor wanita di dalam surau seorang lelaki ditahan telah polis, kejadian berlaku di Kemaman.

Doktor wanita itu sedang berehat di dalam surau perempuan di hospital, kira-kira jam 12 tengah hari pada 23 November lepas.

Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin mengeluarkan perintah reman bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Lelaki tersebut telah ditahan selama empat hari merupakan pekerja kontraktor pembersihan hospital berusia 20 tahun itu selepas menerima laporan daripada mangsa mengenai perbuatan terkutuk berkenaan.

Mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Chukai pada Ahad berhubung kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata seorang lelaki memasuki surau dan melakukan perbuatan tidak senonoh di hadapan mangsa dengan membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluan.

“Mangsa yang berasa takut segera menghubungi suaminya dan segera dibawa keluar dari lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Menurut Hanyan, mangsa mengalami trauma dan depresi akibat kejadian tersebut.

Baca juga: Kifarah? Shila Amzah gagal ke final Famili Duo, sudah jangka perkara itu