Ditipu syarikat daripada China, menantu dan mentua rugi hampir RM1 juta

Ditipu syarikat daripada China kononya akan memberi pulangan lumayan dalam masa terdekat, menantu dan mentua rugi hampir RM1 juta.

Di Jempol Negeri Sembian, wanita warga emas berusia 73 tahun kerugian RM55,863 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud.

Manakala menantu mangsa yang mencadangkan pelaburan itu turut mengalami kerugian berjumlah RM880,000 dan membuat laporan polis di Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata mangsa sebelum itu pada 28 November diberitahu oleh menantunya mengenai pelaburan saham dari China yang memberi keuntungan 50 peratus daripada jumlah pelaburan.

Katanya mangsa yang tertarik dengan pelaburan itu kemudian menyatakan minat untuk menyertainya selepas menantu mangsa memberitahu turut menyertai pelaburan itu.

“Tidak sampai 30 minit sebaik dimaklumkan mengenai pelaburan itu, mangsa memasukkan wang berjumlah RM55,863 ke dalam satu akaun dan menantu mangsa meminta menunggu dalam tempoh 48 jam bagi mendapatkan keuntungan.

“Bagaimanapun pada 9 Disember lalu, menantu mangsa memaklumkan syarikat dari negara China itu berdepan masalah kerana sedang disiasat pihak berkuasa negara berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya mangsa pula membuat laporan polis pada jam 12.03 tengah hari tadi di Balai Polis Bahau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Baca juga: Kecoh filem ‘blue’ pertama dibikin Malaysia, tawar RM500 seorang pelakon