Gara-gara dituduh mencuri seutas jam tangan, seorang pelajar berusia 15 tahun di India dilaporkan maut selepas dikurung dalam bilik dan dipukul oleh tiga guru sekolahnya.
Dia dan dua rakannya dikatakan telah ditangkap oleh guru mereka selepas dituduh mencuri seutas jam tangan. Kes tersebut bertambah buruk apabila guru-guru termasuk pengetua bertindak dengan memukul mereka.
“Guru berkenaan kemudian melepaskan dua rakan Dilshan tetapi mereka membawa anak saya masuk ke dalam bilik dan terus memukulnya.”
Menurut sumber, mangsa ada mengadu kepada ibu, Shabana Begum dan bapanya, Jahangir bahawa telah dipukul di bahagian perut oleh tiga orang guru termasuk pengetua sekolah yang menuduhnya mencuri seutas jam lapor Theprint.
Menurut Jahangir, anak lelakinya itu mengalami sakit berlarutan akibat dipukul dan keadaannya dilihat semakin teruk.
Susulan daripada itu, mereka membawa Dilshan ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi malangnya keadaan Dilshan dikatakan merosot dan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia.
Bapa berang anak dituduh mencuri tanpa bukti
Jahangir akui sangat terkilan dengan tindakan tiga guru berkenaan yang menuduh anak lelakinya itu mencuri seutas jam dan menghukumnya tanpa sebarang bukti.
Hasil laporan bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada mayat mangsa dan punca kematian adalah disebabkan penyakit paru-paru kronik tetapi keluarga mangsa seakan tidak berpuas hati dengan keputusan bedah siasat tersebut.
Oleh itu, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya guru berkenaan terlibat dalam kematian Dilshan.
Baca Juga: Lelaki kudung kaki kiri gigih cari rezeki, berhasrat beli mesin pembancuh tepung
Baca Juga: Warga emas bongkar cerita kenapa dia tidak mandi sejak 22 tahun yang lalu…