Suami kepada pempengaruh dan blogger terkenal, Jofliam baru-baru ini membuka mulut mengenai isu yang mendakwa dirinya bermain cinta dengan pekerja sendiri.
Pendedahan yang dilakukan di laman sosial instagramnya itu mendakwa kakaknya sendiri adalah punca kepada ketidaksalahfahaman dirinya dan juga isteri.
Jofliam turut memberitahu bahawa sehingga ke saat ini, tiada siapa yang mahu mempertahankan dirinya bahkan bukan isterinya sendiri.
“Saya ambik keputusan untuk dedahkan disini sebab tiada siapa yang pertegakkan saya, tiada yang cuba protect walaupun tahu kisah sebenar walaupun cikepal(isteri) sendiri”.
Jofliam mendakwa pekerjanya turut menjadi dalang dalam kisah tersebut sehinggakan dia dan isterinya dalam pergaduhan hingga melibatkan penceraian.
Turut sama terkait dalam pergaduhan itu adalah pekerja wanita iaitu Dewi yang disebut-sebut sebagai wanita yang dituduh oleh kakak serta isterinya.
Malahan di penghujung kisah itu, suami kepada Cik Epal itu turut mendedahkan tangkap layar mesej bersama anak lelakinya Han dan dipercayai mereka tidak duduk sebumbung setelah kejadian ini berlaku.
Baca juga: Nilai ringgit makin kukuh, ramai persoal harga ayam pula tak turun-turun