Siapa sangka seluar dalam yang dipakai seharian mampu meraih keuntungan berlipat ganda dari elaun kerja hakiki.
Perkara ini didedahkan oleh seorang doktor yang tidak dikenali bahawa dia pernah menjual seluar dalamnya yang dipakai seharian sewaktu bekerja selama 36 jam.
Idea menjual seluar dalam itu terhasil apabila ada individu yang menawarkan diri untuk membeli spendernya.
Menurutnya, individu berkenaan menawarkan RM1000 untuk sehelai spender. Lalu dia bersetuju dan menghantar spender yang diminta dengan menggunakan poslaju.
Tips dekat siapa nak cari side income pic.twitter.com/mE6kG9bYJO
— 🔺meingl🔻 (@meinmokhtar) January 20, 2024
Selepas itu, dia mulai mencari maklumat tentang jualan spender masam di platform online yang lain seperti X, Carousell dan Facebook group. Selain spender, bra dan stokin busuk juga laku dijual.