Doktor kontrak buat demonstrasi besar-besaran hari ini, akhirnya Dr Hisham respon

Doktor kontrak buat demonstrasi besar-besaran hari ini, akhirnya Dr Hisham respon

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah merayu kepada semua doktor kontrak di Kementerian Kesihatan (KKM) supaya tidak menyertai demonstrasi yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Rayuan itu dibuat Noor Hisham menerusi catatan di laman Facebooknya malam tadi dengan mengingatkan kepada semua doktor kontrak agar tidak meninggalkan tanggungjawab terhadap pesakit.

Katanya, tindakan menyertai demonstrasi tersebut boleh diibaratkan sebagai mempertaruhkan nyawa pesakit seterusnya boleh memberi kesan kepada kerjaya mereka sendiri.

“Saya menyeru rakan kerja, para doktor, petugas kesihatan untuk mengingati ikrar yang telah kita lakukan ketika kita memulakan tugas kita, “primum non nocere” iaitu tidak menyakiti atau menzalimi pesakit-pesakit kita.

“Walaupun kami memahami bahawa anda ingin terus berkhidmat dengan KKM secara tetap, kini kerajaan telah mengumumkan perlanjutan kontrak selama dua tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai memberi reaksi kepada gerakan Hartal Doktor Kontrak yang merancang melakukan demonstrasi pada pukul 11 pagi nanti. -K! ONLINE

sumber : https://www.kosmo.com.my/2021/07/26/noor-hisham-rayu-doktor-kontrak-tidak-sertai-demonstrasi/

COMMENTS