Doktor perjelas bagaimana faraj terkunci boleh berlaku, sebenarnya boleh dirawat. Sindrom Vaginismus adalah penyakit yang dihadapi oleh ramai wanita sehingga menyukarkan mereka untuk menimang cahaya mata.
Menurut KOSMO! ONLINE, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Kash Mustafa, memaklumkan kebanyakan pesakit yang mengalami masalah tersebut adalah disebabkan terlalu takut atau fobia untuk melakukan hubungan intim.
Perasaan takut ini akan mengakibatkan faraj tertutup dan bertukar keras seperti dinding.
“Penyakit ini berlaku apabila terdapat rangsangan pada bahagian faraj wanita sewaktu sesuatu ingin dimasukkan seperti jari atau alat sulit suami dan kemudian ia menyebabkan otot-otot faraj mengetat, tertutup, dan keras macam dinding.
“Bila dah tak boleh nak bersama, memang tak boleh mengandung dan mereka ini perlu mendapatkan rawatan dahulu untuk bantu ikhtiar mengandung,” jelasnya.
Pesakit batalkan rawatan sebab dah diceraikan
Berkongsi pengalaman, Dr. Kash menceritakan tentang pesakitnya yang terpaksa membatalkan rawatan untuk memulihkan keadaannya yang mengalami masalah faraj terkunci kerana telah diceraikan oleh suaminya.
“Dapat mesej dari pesakit, dia kata suami dah ceraikan, baginya rawatan Vaginismus tidak ada makna buatnya lagi,” kongsinya di media sosial.
Tambah Dr. Kash, sokongan suami adalah kekuatan yang sangat penting untuk kesembuhan si isteri sekiranya mereka mengalami masalah penyakit tersebut.
“Pejuang Vaginismus sangat memerlukan sokongan suami untuk sembuh,” katanya.
Baca Juga: Jumpa Karen versi Malaysia, wanita sibuk ‘cop parking’ untuk kawan
Baca Juga: Guan Eng’s trial: Witness agrees Zarul is someone who is willing to fabricate evidence