‘Hantu gula’ patut tersentak dengan nasihat Dr Frank berkenaan komplikasi penyakit kencing manis sehingga dikatakan doktor pula yang takut bukannya pesakit.
Menggunakan nama akaun TikTok, Doctor Frank berkata, ramai pesakit diabetes tidak takut dengan risiko potong kaki kerana belum kena komplikasi.
“Penyakit kencing manis ni semua doktor takut tapi pesakit tidak, sebab mereka tak nampak komplikasi.
“Hinggalah kena komplikasi mata mula kabur, mula rasa kena strok dan buah pinggang rosak,” katanya.
Beliau mengingatkan bahawa kena serangan strok atau angin ahmar, buah pinggang rosak dan potong kaki bukan perkara kecil.
“Ia melibatan perubahan dalam hidup. Anda dah tidak boleh berdikari lagi. Kalau kena strok, orang lain kena jaga anda.
“Kalau kena potong kaki, anda perlu belajar berjalan semula guna kaki palsu,” nasihatnya lagi.
Sehubungan itu, pegawai perubatan itu berkata, kegagalan mengawal pengambilan gula akan menyusahkan ahli keluarga pada masa depan.
“Kalau anda tak jaga gula anda sekarang, nanti untuk masa akan datang, anak atau suami yang jaga anda.
“Pergi mana-mana nanti kena dengan kerusi roda. Susah hidup nanti,” ujarnya.
Dalam masa sama, beliau menambah bagi individu yang tidak menghidap kencing manis, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan setahun sekali.
Rata-rata netizen memberitahu mereka terus rasa bersemangat untuk ‘cut’ gula selepas mendengar mesej kesedaran mengenai bahayanya komplikasi kencing manis yang disampaikan oleh Dr Frank.
BACA JUGA Tengok rutin sama setiap hari hingga meresap masuk otak, ini rupanya cara nak anak berdisiplin