Selepas lama mendiamkan diri “berpuasa” dari ulas isu politik sejak PN ambil alih pemerintahan negara, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai MAZA harini memuat naik satu “story” di instgram rasmi miliknya.
Dr Maza menulis “Terima kasih YB Ronnie Liu, anda menjadikan kami bertambah yakin bahawa “demikianlah DAP”. Ya Allah! Peliharakanlah negera kami.
Kenyataan ini jelas menunjukkan Dr Maza hanya menunggu kesilapan dari pihak pembangkang khususnya DAP untuk membuat kesilapan ibarat menunggu buah sebiji untuk gugur. Ini seperti ditulis oleh seorang pengguna twitter yang menggunakan akaun @kyaryihime
“Demikianlah rasisnya seorang mufti. Dia tunggu buah sebiji je untuk gugur. Akhirnya gugur. Maka bolehlah dia pukul rata. Lihat-lihat! Mereka semuanya sama..”
Demikianlah rasisnya seorang mufti. Dia tunggu buah sebiji je untuk gugur. Akhirnya gugur. Maka bolehlah dia pukul rata. Lihat-lihat! Mereka semuanya sama.
— Nunu #Lawan (@KyaryHime) July 5, 2021
Demikian lah SEORANG MAZA!!
— Adi Said (@AdiSaid10) July 6, 2021
Dr Maza sebelum ini dilihat berpihak kepada Perdana mentei, Muhyiddin Yassin dalam isu apa pun. Walaupun banyak perkara buruk yang mendatangkan kemudaratan kepada rakyat,termasuk kegagalan kerajaan urus Covid-19 dengan baik, satu pun tiada ulasan dari Dr Maza untuk menegur kerajaan secara terbuka.
Sikap ini berbeza seperti yang dilakukannya kepda kerajaan PH sebelum ini. Hampir setiap hantaranya mengutuk kepimpinan PH pada waktu itu terutama kepada DAP.
Dalam pada itu,semalam Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu akan disiasat setelah dua kertas siasatan dibuka terhadapnya susulan kekecohan yang berlaku di pekarangan Mahkamah Raub di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman berkata, siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPPPPB 2021.
“Dia dibenarkan rentas negeri kerana merupakan ahli politik, apa pun kita buka juga siasatan di bawah Peraturan 17 PPPPPB kerana walaupun dia boleh rentas negeri tetapi bergantung prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Jadi kita buka juga siasatan dan (siasatan) sedang giat dilakukan,” katanya di sini.
Semalam proses permohonan reman 18 pekebun durian Musang King di pekarangan Mahkamah Raub kecoh selepas berlaku pertengkaran antara pihak berkuasa dan beberapa pemimpin politik.
Pertengkaran mula hangat selepas seorang anggota polis meminta orang ramai termasuk pemimpin politik keluar daripada kawasan mahkamah selepas individu yang direman dibawa keluar.
Ronnie Liu dan Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack serta Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Raja Puji dilihat tidak berpuas hati sehingga berlaku sedikit provokasi terhadap anggota polis yang memberikan arahan supaya keluar dari kawasan itu.
Sementara itu, Mahkamah Majistret Raub membenarkan 18 pekebun durian Musang King direman dua hari sehingga esok untuk siasatan lanjut.
Kesemua mereka ditahan semalam selepas melakukan beberapa provokasi terhadap kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ketika operasi memusnahkan pokok durian Musang King di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub