Posting Dr Rafidah Abdullah berkenaan stamina yang mana beliau menerima seadanya yang stamina larinya tidak sebaik dahulu namun netizen mula perasan benda lain.
Walaupun ada sesetengah orang yang baru pulang dari Mekah tapi hendak bertudung amatlah susah apatah lagi ia bukan menjadi kebiasaanya kepadanya sejak awal.
Lain pula yang terjadi kepada Dr Rafidah kali ini netizen mula memuji beliau kerana bertudng bahkan amat tidak kekok bila bertududang seolah-olah dia pernah pakai sebelum ini.
Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Putrajaya itu sebelum ini dilihat tidak pernah bertudung setiap kali post di media sosial tapi kali ini berbeza sekali.
“Nampak muda remaja bila bertudung,” kata salah seorang pengguna Facebook.
Menurtnya beliau mungkin lama berehat semasa PKP, kecedaraan hujung Mei 2023, tidak berlari di Tanah Suci selama 46 hari walaupun berjalan purata 8-9km sehari dan hiking sedikit.
“Saya dijadualkan berlari di US, Chicago Marathon 8 Oktober 2023. Larian World Marathon Major saya yang ke-3 selepas Berlin dan London (42.2km).
“Jarak Full Marathon saya yang ke-24. Kalau diikutkan, memang sukar nak capai tahap stamina yang diperlukan. Walaubagaimanapun, saya perlu mencuba sebelum membuat keputusan untuk sertai atau tidak,”ujarnya.
Beliau berlari-lari 10km secara perlahan-lahan bagaimanapun lariannya istiqomah 10 pusingan tasik jadian belakang rumahnya di sini.
“Harapnya saya dapat kembali berlatih seperti dahulu walaupun kemungkinan besar tak dapat mengejar rekod larian “personal best” zaman dulu-dulu.
“Harapnya sempatlah selitkan antara tanggungjawab sedia ada,” kata beliau.
Baca juga: Tergamaknya guru yang ajar mengaji selama 4 tahun rupannya cabul anak jiran