Seorang doktor yang dikenali ramai, Dr Say Shazril mendedahkan dirinya berada dalam keadaan bahaya selepas dua orang pembantu rumahnya membawa lelaki ke dalam rumah.
Kejadian yang berlaku malam tadi membuatkan dirinya cemas kerana anak ketiganya berada bersama salah seorang pembantu tersebut.
Menurut Dr Say, ketika kejadian berlaku dia bersama isterinya dan dua anaknya berada di tingkat atas rumah pada 9.25 malam.
“Pembantu rumah saya dua orang bawa lelaki masuk dalam rumah masa saya dan isteri ada dekat atas. Saya dan isteri dalam rumah. Dia berani bawa masuk dua lelaki. Sekarang, dua lelaki itu ada dekat bawah.”
Doktor selebriti itu turut memberitahu dia buntu mahu menelefon pihak polis atau bertindak sendirian.
“Saya tengah fikir nak telefon polis atau macam mana. Baby Zeqriel ada dengan mereka. Kalau panggil polis, nanti polis serbu dan kesannya dekat baby Zeq. Kalau saya minta Zeq terlalu awal, nanti mereka curiga pula.”
Video kejadian tersebut turut tular di laman sosial Tiktok yang memperlihatkan pihak polis menyerbu rumah Dr Say ketika dua lelaki tersebut berada di dalam bilik pembantu.
Baca juga: Mahmud Jumaat akhirnya dedah sebab sebenar tidak lagi wakili ibu Zayn Rayyan