“Dress bukan pakaian kita itulah dipilih juri”, bapa pertikai ilmu juri

Bulan kemerdekaan yang disambut pada bulan Ogos pastinya sekolah akan menganjurkan pertandingan pakaian seperti petunjukkan fesyen baju kemerdekaan dalam kalangan pelajar.

Melalui perkongsian seorang bapa tunggal mempersoalkan mengenai pertandingan tunjuk fesyen di sekolah anaknya namun anaknya yang tidak dipilih sebagai pemenang.

Pun begitu soal bapa tersebut di mana pemilihan pakaian dan penilain oleh pihak juri yang sepatutnya pakaian mempunyai nilai-nilai kemerdekaan contohnya pakaian askar, polis, nurse dan sebagainya.

Persoalan bapa itu berkenaan pertandingan pakaian tema patriotik telah menjadi bahan bualan netizen hujung minggu lalu.

Difahamkan, si bapa itu meluahkan rasa tidak puas hati dengan tahap penilaian dan mempertikaikan tahap kebijakan juri-juri yang terlibat dalam pertandingan tersebut.

Bangga dengan buatan tangan sendiri. Kalah menang adat pertandingan. Kami hanya menitikkan kekemasan tanpa mencemar Jalur Gemilang. Juri dapat mana tu?

Dia tidak mahu mempersoalkan kemenangan yang berpihak kepada murid lain namun tertanya-tanya mengenai kriteria pemilihan pakaian dan penilaian juri.

Aku tak faham, baju dress, baju kepuk-kepuk yang menang. Apa nilainya, kelebihannya pada baju dress tu untuk kemerdekaan kita kan?

Atau korang suka sebab kena jajah? Sepatutnya masa inilah kita tonjolkan kepada anak-anak atau generasi akan datang mengenai kita punyai pakaian tradisi dan beruniform.

Dia juga memaklumkan pertandingan pakaian beragam itu bukan untuk kemenangan tapi hanya menyokong program anjuran pihak sekolah selain content TikTok semata-mata.

Berikutan itu, ramai netizen tampil mempersoalkan tindakan bapa tunggal itu yang seolah-olah tidak dapat menerima keputusan yang dibuat juri pertandingan tersebut.

@rafalia_

Guys! Nahhh.. aku and Rania sayang korang sangat-sangat.. 🩵

♬ original sound – RAFALIA – Rania & Faris – RAFALIA – Rania & Faris

Menjadi perhatian adalah pelajar yang lebih patut menang (bukan anak saya tapi tak menang. Tu je. Kami dah dapat 2.2 juta views penonton. Awak dapat apa?

Cikgu kat sekolah tu kalau buat pertandingan, kau jangan cakap ini bukan nak cari siapa menang, siapa kalah. Mak ayah dah berhabis duit sokong program kau, lepas tu kau cakap macam tu. Tolonglah jaga hati sikit.

Baca juga: Bertali halus ketika berendam Ameera Khan dikritik netizen-Hormati Neelofa dan abang iparmu