Siti Nurhaliza penyanyi nombor satu negara dikritik para peminatnya gara-gara baju dress yang dipakai ketika konsert ‘Hitman : David Foster & Friends Asia World Tour 2023’.
Siti turut menyumbang suara dalam persembahan berprestij pada malam Isnin lalu dan menyampaikan lagu The Power of Love di hadapan 3000 penonton.
Beliau turut diiringi alunan piano oleh komposer muzik terkemuka, David Foster di dalam Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.
Menjengah ke laman Instagram penyanyi kesayangan ramai, Siti Nurhaliza turut memuat naik foto busana yang dipakai pada malam berkenaan namun menuai pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Ramai yang kecewa dengan baju yang digayakan Siti kerana ia seolah-olah ‘salah ukur’ dan tidak cantik.
Kata netizen, baju dress berwarna perak dihiasi manik itu seperti dibuat ‘last minute’ dan tidak menepati standard seorang penyanyi lagenda dan tersohor seperti Siti.
Maaf cakap, baju ni macam silap ukur, tak cantik.
Baju ni macam hantar kat tailor group taman je. Ya ampun, tolong laa eh ni Siti Nurhaliza kot pasaipa bagi dia pakai baju ni. Siapa designer?
Tambah mereka lagi, kain baju tersebut juga seperti kain yang dibeli di secara lelong dan tidak kelihatan eksklusif.
Baca juga: Gara-gara kereta bayi tersekat di eskalator dua keluarga bertekak sebelum bertumbuk