Kebanyakan aneka kuih yang dijual di gerai-gerai menggunakan acuan atau bekas khas untuk menghasilkannya. Oleh itu, tidak hairan mengapa rupa bentuk yang dihasilkan mampu memikat hati si pembeli.
Sesetengah orang mempunyai banyak acuan kerana digunakan untuk menjual kuih-muih. Setelah digunakan, pastinya ia perlu dicuci untuk digunakan kembali.
Walau bagaimanapun, tahukah anda sesetengah acuan meninggalkan bau sabun walaupun setelah dicuci. Perkara ini sudah tentunya kurang disenangi kerana ia boleh memberi kesan pada kuih yang dihasilkan nanti.
Sehubungan itu, hari ini SK akan berkongsikan satu tips mencuci acuan plastik agar tidak meninggalkan kesan bau sabun.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Hazlyana Duang Full di bawah.
Jangan Letak Sabun, Ini Cara Cuci Acuan Kuih Kaswi
Alhamdulillah perkongsian cara cuci acuan tart semalam tak sangka ramai yang share, semoga bermanfaat untuk semua.
Ada yang tanya tips nak basuh bagi cepat acuan plastik kaswi ni. Cara dia sama je macam acuan tart juga. Cuma jangan letak sabun yer.
Sabun tu akan menyebabkan acuan berbau sabun dan kuih pun akan bau sabun juga.
Macam dalam gambar ni saya tak tahu lagi akan berbau jadi saya bubuh sabun dalam periuk, akibatnya semua kaswi saya terpaksa buang sebab bau sabun.
Bahan dan Langkah Mencuci Acuan
Jadi kesimpulannya cara cuci acuan plastik hanya letak.
Air + cuka dan rebuskan. Lepas air dah panas gaulkan acuan dengan sudip ke apa ke supaya kekotoran yang melekat jatuh.
Selamat mencuba.
Baca juga: ‘Kuda emas’ baka kuda perang milik Rasulullah paling mahal di dunia dijual dengan harga RM8 billion