Dua hari atas motorsikal hantar adik sambung belajar, pengorbanan abang ini buat netizen sebak

Tular di laman sosial seorang lelaki yang juga abang kepada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang bertindak menghantar adiknya dengan hanya menaiki motorsikal.

Menurutnya lagi, mereka yang dari Sungai Udang, Melaka menempuh perjalanan selama 2 hari untuk ke destinasi iaitu di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah.

Berikutan kejadian itu, pihak pentadbiran Universiti Utara Malaysia telah membuat kejutan dengan menyambut Ee Tai Zhi ketika mereka berdua sampai baru-baru ini di Bangunan Canselori.

Ee Tai Zhi, telah mengikuti Program Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti di Universiti Utara Malaysia.

“Saya tak menduga mendapat pilihan program yang saya minati dan ingin menimba pengalaman baru di Lembah Sintok.”

“Saya berjanji untuk memberi tumpuan penuh dan mengambil segala ilmu yang diajar pensyarah berpengalaman.”

Baca juga: Terdedah! Giliran abang Jofliam pula buka mulut, “Status dia hanya skandal dan isteri orang”