Baru-baru ini di China, seorang lelaki boleh dianggap amat bernasib baik kerana masih hidup selepas dua kali dipanah petir dalam tempoh kurang daripada lima minit.
Ini kerana peluang seseorang untuk hidup selepas dipanah petir adalah satu dari 15,300 dan jika dipanah sebanyak dua kali ia jauh lebih rendah.
Ada kajian yang mengatakan petir tidak pernah menyambar ke tempat yang sama sebanyak dua kali namun Liu Nan mengalami keadaan luar biasa itu apabila dipanah dua kali dengan selang masa sebanyak lima minit.
Liu yang berada di luar rumah ketika itu melihat cahaya putih sebelum tidak sedarkan diri di halaman rumahnya di Zunyi, Wilayah Guizhou, China.
Namun dia tersedar lalu melihat cahaya putih sekali lagi dan cuba untuk bangun pada kali kedua.
Apabila tersedar, Liu mendapat isteri dan anaknya berada dalam ketakutan sebelum dia dibawa ke hospital berdekatan.
Doktor juga mengesahkan Liu bukan hanya disambar sekali, namun dipanah petir sebanyak dua kali.
“Saya baru sahaja disambar petir pada masa itu, dan mengambil masa beberapa saat untuk bangun. Kemudian cahaya itu datang lagi, dan kilat itu menyambar ketika saya berbaring di atas tanah.
“Walaupun saya sedar terkena panahan petir, saya tidak tahu bahawa seluruh tanah turut dipanah petir,” katanya.
Biasanya, sambaran petir akan menyebabkan kerosakan kulit mangsa yang teruk, dan kes Liu tidak berbeza, menyebabkan beliau mengalami kecederaan tahap melecur ketiga. Walau bagaimanapun, beliau masih bergelut dengan kesan kecederaan tersebut.
Lebih kurang sebulan selepas insiden tersebut, luka melecur di badan lelaki tersebut masih belum sembuh sepenuhnya. Namun, nasib baiknya, keadaan Liu kini stabil dan beliau amat beruntung kerana masih bernyawa.
Baca juga: Paling murah di dunia, rumah ini diiklankan dengan harga $1