Dua pelajar di arah belajar di kaki lima hanya kerana belum divaksin

Dua pelajar di arah belajar di kaki lima hanya kerana belum divaksin. Tular gambar dua murid sekolah rendah belajar di kaki lima di sebuah pasar di media sosial.

Gambar itu mencetuskan banyak persoalan daripada pelbagai pihak kerana dua murid itu tidak berada di kawasan sekolah.

Media tempatan melaporkan dua murid terbabit tidak dibenarkan masuk ke kelas atau kawasan sekolah kerana belum mendapat suntikan vaksin Covid-19.

Disebabkan itu, pengurusan sekolah mengarahkan mereka belajar di tempat lain. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kedua-dua murid itu merupakan pelajar di sekolah di Luwu, Sulawesi Selatan.

Ibu kepada salah seorang daripada murid tersebut, Gusnawati, sebelum ini memaklumkan bahawa anak mereka di arahkan belajar di luar kelas, namun kali ini mereka dihalau terus dari sekolah.

“Kami sedih melihat anak kami dilayan seperti ini. Di tempat lain, murid tetap dibenarkan masuk kelas, tidak kira sudah terima vaksin atau belum,” katanya kepada Tribunnews.

tiga pelajar tidak divaksin belajar di kaki lima

Dalam pada itu, penduduk Luwu, Amiruddin menyatakan protokol di daerah ini sangat ketat.

Dia memaklumkan kedua-dua murid tersebut belajar di kaki lima pasar kerana peraturan di sana tidak seketat pejabat kerajaan, sekolah dan pusat kesihatan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan Luwu, Hasbullah mengesahkan dua murid itu tidak dibenarkan masuk ke kelas kerana belum mengambil vaksin Covid-19.

Jelas beliau, peraturan itu sudah termaktub dalam Surat Edaran protokol Kesihatan Daerah Luwu.

“Dalam surat tersebut, sudah dimaklumkan pelajar yang belum vaksin tidak dibenarkan menghadiri kelas secara bersemuka, mereka perlu belajar secara atas talian di rumah.

“Mereka hanya boleh datang ke sekolah untuk mengambil buku atau kerja sekolah yang diberikan guru,”jelasnya.

 

Baca Lagi: Tak senonoh, pemandu lori didakwa lempar objek berisi air kencing kepada pemandu lain

Baca Lagi: Ini 31 Ahli Parlimen kerajaan tidak hadir dewan semalam

 

COMMENTS