Dua pelancong Britain berjaya menaikkan seekor ikan kerapu goliath yang mempunyai berat 272 kilogram di Australia.
Ed Hirst, 25, dan Harry Thomas, 27, berjaya menangkap ikan gergasi tersebut di pantai Port Douglas, negeri Queensland selepas menghadapi pertarungan sengit selama 30 minit.
Mereka juga turut mengikat tali di sekeliling ikan tersebut sebelum mengheretnya ke tepi pantai.
Ikan kerapu jenis Goliath merupakan spesies yang dilindungi di Queensland, maka kerana itu dua pemuda tersebut melepaskan ikan tersebut setelah merakamkan kenangan bersama ikan gergasi itu.
“Ia sangat besar, saya fikir ia buaya air masin. Selepas ekornya memukul air, kami sedar ia ikan kerapu goliath,” kata Hirst kepada The Sun.