Duduk pangsapuri jiwa banglo inilah yang digambarkan terjadap sesetengah penduduk pangsapuri apabila membina bangsal parkir siap dengan padlock gara-gara takut orang lain guna lot tersebut.
Kalau dilihat di mana-mana kawasan perumahan sekitar Malaysia, penduduk pasti menghadapi masalah yang hampir serupa iaitu kekurangan ruang parkir kereta.
Saban hari ada sahaja rungutan dan luahan warga maya mengenai masalah ini yang dikongsikan di laman sosial.
Sebelum ini kita biasa mendengar amalan meletak penanda untuk ‘cop’ parkir, namun dalam satu hantaran terbaharu di grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, tular perkongsian yang memaparkan tindakan ‘ekstrem’ penduduk di sebuah flat.
Baru-baru ini tular satu gambar dalam Facebook di mana ada penduduk pangsapuri telah membina bangsal di ruangan parkir siap berkunci padlock.
Bangsal parkir tertutup itu agak luas, boleh memuatkan dua buah kenderaan untuk diletakkan di situ. Di kiri dan kanannya juga mempunyai bangsal terbuka.
Rata-rata ahli Facebook Group itu mengecam tindakan pemilik bangsal tersebut yang bersikap pentingkan diri sendiri dan menyalahgunakan kawasan awam.
Netizen turut mempertikaikan bagaimana pemilik itu mendapat kelulusan untuk membina bangsal tersebut.
Binaan itu bukanlah yang pertama, pada tahun lalu Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah meroboh sebuah bangsal yang dibina di tengah-tengah jalan kawasan perumahan bagi tujuan parkir di Seri Mahkota.
Baca juga: Cucu jutawan Vincent Tan fasih berbahasa Malayu, buat ramai netizen teruja