Duit berkepok-kepok pun boleh mengeluh, isteri jutawan Dubai rimas sebab sentiasa diperhati ‘bodyguard’

Duit berkepok-kepok pun boleh mengeluh, isteri jutawan Dubai rimas dan jengkel sebab sentiasa diperhati oleh bodyguard kemana sahaja pergerakan beliau.

Bukan itu sahaja bahkan langsung tidak dibenarkan menggunakan wang poketnya untuk membeli barangan mewah seperti beg, kasut dan pakaian berjenama.

Wanita yang dikenali sebagai Soudi kerap berkongsi kisah dan rutin hariannya sebagai isteri jutawan di akaun media sosialnya.

Soudi turut menceritakan ‘masalah’ yang perlu ditanggunya apabila berkahwin dengan lelaki kaya.

Menerusi laporan The Sun, kesemua perbelanjaan itu ditanggung oleh suaminya, Jamal Soudi.

Suaminya membawanya terbang (menaiki pesawat) pada setiap bulan.

Adalah menjengkelkan mempunyai pengawal peribadi 24/7 (setiap hari).

@soudiofarabia

Jamal loves it when I behave myself ✨ #dubai #millionaire #ksa #fyp

♬ Sherine drake – Djamil

Meskipun Soudi seakan mengeluh dengan kehidupannya tetapi kebanyakan netizen terutamanya para wanita akui cemburu dan mengimpikan layanan mewah yang dimiliki Soudi.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat bahawa kehidupan itu yang dipilih sendiri Soudi selain menyifatkan Jamal seorang suami yang baik, bertanggungjawab dan menghargai isteri.

Baca juga: Mohammad Bilal meninggal dunia di pagi Jumaat