Duit hilang dari akaun bank, ini cara untuk dapat semula

Duit hilang dari akaun bank, ini cara untuk dapatkan semula. Jika anda mengesan ada transaksi ke luar negara dari akaun anda, jangan bimbang, ada caranya untuk dapatkan semula duit dengan langkah ini.

Puan Eqienura Mokhtar kongsikan pengalaman untuk dapatkan semula duit yang hilang dalam akaun. Ini panduannya:

INGAT TAK PASAL DUIT HILANG DALAM AKAUN MAYBANK SEBAB ADA TRANSACTION TO OVERSEAS MERCANTS LAST WEEK? ALHAMDULILLAH DAH DAPAT BALIK DAH DUIT SAYA.

Hubungi Nombor Belakang Kad Bank

Terus call nombor tertera belakang kad bank, report ada unknown transaction to overseas merchant guna kad debit. Customer service akan cakap mereka akan siasat dan block kad.

Tapi tak ada suruh kita buat buat apa-apa tapi dia sebenarnya kena suruh kita isi ‘Dispute Form’ and emel kepada mereka, kalau pergi Maybank mereka akan suruh isi dan buat aduan kat kaunter.

‘Screenshot’ Semua Transaksi

‘Screenshot’ semua transaksi untuk debit kad. Highlight unknown transaction tersebut.

Download ‘Dispute Form’, Print

Download ‘Dispute Form’, yang ni saya cuma google dispute form Maybank.

Saya muat turun borang tersebut terus ke dalam iPad dan isi, anda juga boleh print untuk isi secara manual. Khidmat pelanggan tak ada sebut mengenai borang ini namun ia amatlah penting.

Email Dispute Form

Email Dispute Form berserta screenshot transaction to Maybank (disputemgmt@maybank.com.my; cfrm@maybank.com.my) & cc to Bank Negara Malaysia (bnmtelelink@bnm.gov.my).

 

Buat Kad Baru

Pergi cawangan Maybank berdekatan and buat kad baru.

Aktifkan kad baru (ATM / Online).

Duit Masuk

Tunggu duit masuk dalam akaun. Settle.

5hb tengok dah dapat balik duit yang hilang dalam akaun tu. seminggu je dah dapat balik. Alhamdulillah.

Duit simpanan kita dilindungi PIDM jadi kalau hilang walau sesen pun silalah dispute dengan pihak bank. Bukan senang nak cari duit zaman sekarang ni, satu sen pun berharga.

 

Baca Juga: Tiga sebab kenapa kulit muka lelaki lebih cantik berbanding wanita

Baca Juga: Karya satira ahli Dewan Rakyat ‘beruk’ langgar nilai Islam, badan legislatif diperlekeh