Bagi para pengumpul duit kertas dan syiling Malaysia, syiling RM1 menjadi suatu impian kerana ia dianggap sebagai ‘limited edition’ setelah ditarik semula oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2005.
Hal yang sama berlaku juga untuk duit RM2 yang ditarik semula pada tahun 2000. Tindakan ini telah meningkatkan nilai duit-duit tersebut secara keseluruhan.
Bagi sesiapa yang tidak tahu bagaimana untuk menyemak nilai wang kertas dan syiling lama ini, mereka boleh mencarinya di pelbagai portal beli-belah dalam talian. Terdapat banyak penjual yang menjual wang lama seumpama ini.
Sebagai contoh, di platform beli-belah seperti Lazada, terdapat penjual yang memasarkan syiling RM1 tahun 1994 dengan harga RM10,000.
Ini pasti menimbulkan minat ramai yang ingin mengetahui bagaimana wang lama tersebut dapat memberikan keuntungan yang begitu besar.
Ini tujuh sebab mengapa wang lama boleh dijual dengan harga sangat mahal :
- Low Mintage (Jumlah pengeluaran / tempaan yang sedikit)
- Kepelbagaian syiling (Jenis logam, kilang tempa)
- Sejarah duit itu sendiri
- Kondisi duit tersebut (VG, F, VF, EF atau UNC)
- Lambakan duit syiling sama pada satu masa
- Duit syiling error
- Permintaan dari pengumpul duit lama
Ramai yang tidak mengetahui di Malaysia ada kelab yang ditubuhkan untuk mengumpul wang wang lama iaitu Kelab Numismatik Malaysia.
Ia bermaksud wang lama dan ahli mereka telah melebihi 52,826 ahli pada tahun 2013.
Baca: Rafah kena serang teruk, akhirnya Starbucks buat keputusan tutup semua 7 cawangannya