Duit syiling Britain miliki nilai sejarah akan dilelong dengan harga lebih RM5.8 juta dalam satu acara diadakan oleh Heritage Auctions di Dallas, Texas.
Ketiga-tiga duit syiling itu mempunyai nilai sejarah tinggi, dijangka meraih hasil jualan lebih sejuta pound dalam acara lelongan tersebut.
Bahan pertama bakal dipamerkan merupakan duit syiling perak bercorak mahkota Raja Charles II yang dinilai oleh pelelong pada harga 400,000 pound (RM2.32 juta), Lapor Daily Mail.
Anggaran jualan sama turut dibuat untuk duit syiling emas Raja Henry III bernilai 20 pence.
Namun, duit syiling emas lima guinea bercorak lakaran Ratu Anne yang berasal dari tahun 1706, pula dianggarkan pada harga 240,000 pound (RM1.39 juta).
Dalam acara itu, syiling perak bercorak mahkota Raja Charles II yang direka oleh Thomas Simon pada tahun 1663, dijangka menjadi perhatian para tetamu yang hadir.
Selain itu, duit syiling emas Raja Henry III bernilai 20 pence dilaporkan berasal dari tahun 1257.
Syiling emas itu dipercayai memaparkan lakaran ‘potret pertama sebenar’ raja Inggeris pada mata wang.
“Ia menggambarkan Raja Henry II memakai mahkota sambil memegang tongkat di tangan kanan,” jelas laporan.
Duit syiling emas menampilkan sisi tepi Ratu Anne pula dipercayai berasal dari tahun 1706.
Ketiga-tiga syiling berkenaan dihantar oleh pengumpul peribadi yang berasingan.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Numismatik Antarabangsa di Heritage Auctions, Cris Bierrenbach memaklumkan syiling mahkota Raja Charles II adalah amat terkenal dan sangat dicari.
Katanya, syiling berkenaan disimpan oleh pengumpul dari Eropah selama lebih 50 tahun.
Malah, jelas Bierrenbach, syiling bersejarah itu merupakan antara yang terbaik pernah ada.
Menurutnya, seni artistik yang terdapat pada duit syiling zaman awal itu amat mengagumkan,
“Kami mempunyai alasan kukuh memikirkan bahawa syiling itu boleh dikesan kembali ke lelongan firma Sotheby pada tahun 1903.
“Malah, kami menjangkakan selepas 120 tahun, syiling itu akan mendapat bidaan tinggi lagi, selain menjadi bahagian penting dalam koleksi barang-barang British yang jarang ditemukan,” katanya dipetik Utusan Malaysia.
Baca juga: Tak sangka suami isteri jumpa bungkusan sampah bernilai RM2.17 juta