Bagi pengumpul set duit ringgit malaysia, syiling RM1 menjadi dambaan kerana ia menjadi ‘limited edition’ dek kerana ditarik semula oleh Bank Negara pada tahun 2005.
Sama juga dengan duit RM2 yang ditarik semula pada tahun 2000. Ia menjadikan nilai duit ini semakin tinggi.
Bagi yang tidak mengetahui bagaimana mahu menyemak nilai wang ini, cari sahaja di portal beli belah atas talian. Ramai yang menjual wang lama sebegini.
Di portal beli belah Lazada, seorang penjual bertindak memasarkan syiling RM1 pada tahun 1994 dengan harga RM10,000.
Pasti ramai ingin mengetahui bagaimana wang lama ini dapat menjana keuntungan sebegitu.
Ini tujuh sebab mengapa wang lama boleh dijual dengan harga sangat mahal :
- Low Mintage (Jumlah pengeluaran / tempaan yang sedikit)
- Kepelbagaian syiling (Jenis logam, kilang tempa)
- Sejarah duit itu sendiri
- Kondisi duit tersebut (VG, F, VF, EF atau UNC)
- Lambakan duit syiling sama pada satu masa
- Duit syiling error
- Permintaan dari pengumpul duit lama
Ramai yang tidak mengetahui di Malaysia ada kelab yang ditubuhkan untuk mengumpul wang wang lama iaitu Kelab Numismatik Malaysia.
Ia bermaksud wang lama dan ahli mereka telah melebihi 52,826 ahli pada tahun 2013.
Baca juga: Misteri ‘Banglo Gurita’ berharga RM7.5 juta, ini rupanya penjelasannya