Selalu kita dengar hutang wajib dibayar walau tidak dituntut. Namun, ramai yang hidup senang lenang melupakan hutang mereka.
Gara-gara hutang confessor ini sudah putus asa dengan hidupnya kerana orang yang berhutang darinya dilihat hidup seperti biasa macam tiada apa yang berlaku. Ikuti kisah ini.
Bukan kecaman saya harapkan dari confession ni. Tapi komen yang positif yang boleh tenangkan minda saya. Yang boleh terangkan pada saya melalui point keagamaan yang boleh leraikan sekejap kekusutan saya.
Saya mengaku iman saya sangat lemah. Saya solat, saya mengaji, tapi saban hari terasa akidah saya semakin lemah. Mungkin juga kerana stress yang melampau, syaitan makin galak meracuni fikiran saya. Bila saya berzikir berwuduk, nak solat, makin kuat perasaan tu datang.
Akhirnya saya akan menangis macam orang giIa mempertikaikan apa yang tertulis dalam agama. Sebenarnya saya stress sebab kawan saya tak nak bayar hutang saya. Benarlah orang kata kerana duit adik beradik pun boleh terputus hubungan inikan pulak hubungan persahabatan.
Orang kata hidup macam roda, satu ketika dulu dia susah, memandangkan hanya dia saja satu-satunya sahabat yang saya ada. Maka saya banyak membantu dia ketika dia perIukan wang dan bagi modal untuk dia mulakan perniagaan.
Apatah lagi masa tu saya mampu dari segi kewangan dan teringat segala kebaikan dia pada saya saat saya susah dulu. Masa tu memang niat saya bukan nak suruh dia bayar terus. Bila-bila dia mampu saya suruh dia bayar.
Alhamdulilah lepas tu kehidupan dia makin baik. Dia mulakan perniagaan dan maju sangat. Dalam masa setahun ja boleh nampak kemajuan dalam hidup dia yang sangat ketara. Kereta baru, rumah baru. Semuanya serba baru.
Saya tumpang gembira dengan kejayaan dia walaupun lepas tu nampak la sikap dia jugak turut berubah. Tapi pun saya tak pernah buka mulut soal hutang, even langsung tak terfikir pasal tu. Kami masih berkawan tapi ibarat hai-hai bye-bye, dah tak akrab seperti adik beradik lagi. Dia hanya sesekali reply mesej saya ja.
Tapi dia sendiri tak pernah dah contact saya sejak dia berjaya. Saya faham dia sibuk. Tapi sejak kebelakangan ni hidup saya rasa susah. Rumah usang, banyak kena repair. Bumbung bocor sana sini. Kos barang mahal, dan kerja saya sebagai kuIi bawahan buatkan semuanya saya rasa berat.
Saya menjaga ibu yang uzur jugak. Kos susu beras semuanya naik harga. Tapi pendapatan saya sama ja, pendek kata terpaksa kais untuk makan pun. Ujian datang bertubi-tubi. Masa ni la motor pun nak rosak. Nak bergerak ke mana pun susah.
Masa tu saya terfikir nak mintak hutang saya dari kawan. Tapi tak sangka dia terus mendiamkan diri. Saya call mesej memang tak nak jawab sejak dia baca wasap saya mintak hutang. Sedangkan amount hutang dia tu bukan besar pun untuk dia pulangkan. Dalam 15k ja.
Akhirnya saya mesej secara kasar kat dia, bila mesej secara baik tak nak jawab. Tak sangka pulak dia baIas mesej kasar saya. Dia soal saya ada hitam putih ke hutang tu. Dan cabar saya suruh Iawan dia di makamah kalau berani dan kemudian dia terus blok saya dari semua sumber.
Terdiam terus saya dengan ayat dia. Saya ni bukan orang senang, bukan orang pandai pun. Dah sah-sah saya juga tak de bukti. Mana mungkin saya nak bawak dia kemakamah. Tak terfikir dek otak saya. Tambahan dia dah ada ramai kenalan hebat-hebat berpangkat tinggi, dengan modal apa saya nak Iawan dia.
Puas saya merayu dah pun mintak dia kasihan kan mak saya. Tetap di jawab sinis not my business. Saya sangat terkilan dengan cara dia dan tak sangka macam ni rupanya perangai dia. Tapi saya fikir Allah ja tempat saya memintak.
Puas dah saya berdoa tahajud, hampir 3 tahun dah. Sekali pun saya tak miss hajat saya yang satu tu. Saya mintak Allah bagi dia rezeki dan lembut hati untuk pulangkan duit saya. Tapi tak de tanda-tanda dia nak bayar balik duit.
Baru-baru ni mak berhajat nak pergi mekah.. Sebagai anak saya rasa gagal tak mampu tunaikan permintaan mak. Andai dia bayar hutang saya, duit tu pasti berguna untuk benda baik. Akhirnya saya rasa putus asa. Dalam islam kata doa orang dizaIimi Allah cepat makbul. Tapi saya tak nampak pun doa saya di makbul.
Malah orang yang menzaIimi saya hidup aman bahagia tak de apa-apa kesusahan pun. Jadi saya tak faham di mana keadilan untuk saya dalam islam? Saya rasa berd0sa fikir macam ni. Tapi saya tak mampu nak hentikan fikiran macam ni.
Tiba-tiba teringat seorang pakcik saya. Hidup dari muda kerja menipu orang ja. Rasanya sejak saya kecik dok dengar orang kampung atau orang dalam keluarga bercerita tentang kezaIiman pakcik saya kat orang. Malah mak ayah saya pun kena tipu. Tapi parents saya halalkan semua tu.
Dari skim cepat kaya, sampai macam-macam skim dia aniaya duit orang. Saya dari kecik sampai sekarang melihat kehidupan dia. Dan dia selalu juga datang tengok kami dan menceritakan kejayaan dia melebarkan sayap perniagaan di merata tempat.
Sampai sekarang dah hampir 30 tahun kalau tak silap saya la. Elok ja hidup dia. Tak de 1 kemudaratan pun. Dari bujang anak sampai 4 dah dapat cucu dah. Tapi elok bahagia kaya ja hidup dia.. Hidup anak-anak dia pun senang.
Duit orang dia pinjam pun tak bayar jugak. Sampai orang-orang yang bagi dia pinjam duit pun dah mati. Dulu masa kecik saya ingat lagi, satu family ni datang sumpah dia depan rumah.. Tapi apa jadi pada sumpahan tu semua? Tak jadi apa pun.
Mungkin semua yang dia zaIimi dah maafkan dia dan halalkan hutang dia kot. Tu yang dia hidup bahagia ja.. Cawangan restoren dia bertambah-tambah. Bukan cakap sebab dengki, demi Allah tak.. Tapi saya tak boleh relate di mana konsep adil tu?
Ok, abaikan kisah pakcik saya. Saya anggap semua orang maafkan dia halalkan dia. Tapi saya tak halalkan hutang kawan saya pun. Saya menuntut dan berharap dia bayar. Jadi di mana doa orang dizaIimi di dengar? Di mana bukti orang yang berhutang ni hidup dia tak kan senang?
Bukti depan mata saya hidup senang lenang siap boleh menyumpah kita mencabar kita. Entah la saya rasa tak terdaya sangat. Orang boleh cakap nanti di akhirat mereka akan dapat baIasan, apa yang mereka dapat sekarang adalah istidraj.
Tapi di dunia ni pun kita juga kena teruskan hidup kan. Macam mana hak kita yang dizaIimi ni di dunia? Kami yang dizaIimi ni tak mampu ke untuk tuntut hak kami di dunia. Ya Allah ampunkanlah aku… – Pendosa (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Semakin banyak garis kedut di muka, Mike Tyson percaya ‘waktunya’ bakal tiba