Dari nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu dan nasi minyak sudah cukup menjadi bukti nasi sebagai makanan ruji orang Melayu.
Malah, ada yang tidak boleh tidur lena selagi belum makan nasi. Walau bagaimanapun, pola pemakanan mutakhir ini nampaknya berubah kepada mi segera.
Hinggakan tak sangka Malaysia berada di tangga ke-14 negara paling banyak makan mi segera dan hal ini perlu diteliti faktor penyebabnya.
Menurut Persatuan Mi Segera Sedunia seperti dilapor tahun lalu, rakyat Malaysia makan 1.5 bilion mi segera dengan perisa kari dan tom yam menjadi pilihan utama.
Umum tahu makanan berproses seperti mi segera tidak sihat berbanding ‘makanan tulen’.
Oleh sebab itu, perlu dilakukan kajian makanan atau gastronomi dalam meneliti perubahan trend kepada mi segera.
Ikuti pandangan Mat Saman Kati berhubung trend pemakanan penduduk Malaysia yang berubah kepada mi segera ini:
Sebelum kedatangan mee Maggi, Cintan adalah mi segera yang pertama di Malaysia. Masa tu kami sebut Mee Jepun.
Tapi masa tu, tak siapa pun teringin makan mi Jepun ni. Lempeng kelapa atau lempeng pisang jauh lebih sedap dan mengenyangkan berbanding mi Jepun.
Tapi sekarang, mi segera lebih murah dari lempeng pisang dan lebih mengenyangkan.
Sama ada mi segera itu lebih menyihatkan berbanding lempeng pisang, itu tak penting. Kita tengok mana yang lebih murah.
Bagi negara-negara yang mana mi merupakan makanan ruji, ia tidak menghairankan tapi bila negara yang penduduknya makan nasi, tiba-tiba bertukar kepada mi segera, ia sesuatu yang pelik juga.
Nepal umpamanya, tiba-tiba menjadikan mi segera sebagai makanan utama. Pasai apa?
Malaysia juga, yang mana orang Melayu kira-kira 60%, menjadikan mi segera antara makanan utama.
Dalam masa sama, Maggi menguasai hampir 40% pasaran mi segera di Malaysia. Patutlah ketika macam-macam produk Nestlé diboikot, Mi Maggi dikecualikan.
Saya teringat kata-kata Datuk Ameer Mydin, bukan setakat trend shopping sudah berubah, malah trend kecurian di pasaraya Mydin juga sudah berubah.
Kalau dulu, orang mencuri barang elektronik atau apa saja yang boleh dijual balik tapi sekarang orang mencuri sardin tin kecil manakala jualan mi segera mencanak naik.
Tak tau la pasai apa.
BACA JUGA Tingkatan 1 pun dah ada kena HIV, terkejut peringkat umur ini paling banyak dijangkiti Aids