Eksport durian dari Thailand ke China melonjak sebanyak 81.7 peratus, mencapai nilai sebanyak 90 bilion baht (RM12.04 bilion) pada tahun lalu, menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan Luar Thailand,
Penghantaran ‘raja buah’ ke China menyumbang sebanyak 70 peratus daripada jumlah eksport keseluruhan durian Thailand pada tahun 2023.
Lonjakan tersebut juga antaranya didorong oleh peningkatan populariti durian di China, selain dari kelonggaran sekatan import.
Peningkatan tersebut juga disebabkan oleh kesediaan pengguna China untuk membayar harga premium bagi buah durian Thailand yang terkenal dengan kualiti yang tinggi.
Permintaan kukuh untuk durian Thailand dijangka berterusan di China, yang merupakan pasaran durian terbesar dunia.
Baca juga: “Betul-betul deras”- Tular video anggota bomba tunjuk realiti lokasi mangsa jerlus