Ebit Lew ada nafsu seks tak normal, suka bagi kata-kata lucah – Pengadu

Wanita yang menjadi pengadu di dalam kes membabitkan pendakwah bebas, Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia tiada hubungan dengan suspek selain menegaskan tidak pernah terfikir untuk menggoda lelaki terbabit.

Dia yang turut menjadi saksi pendakwaan kesembilan memberitahu mahkamah apabila disoal Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria dalam sesi pemeriksaan utama beliau.

Zahida meminta saksi kesembilan itu menerangkan hubungannya bersama Ebit Lew sepanjang tempoh 4 Mac hingga 11 Julai 2021

“Saya cari Ebit Lew untuk tujuan menyelesaikan masalah kekeluargaan saya. Selepas itu Ebit Lew menunjukkan dia mengambil berat dengan WhatsApp saya selalu tanya bagaimana hubungan dengan keluarga okay atau tidak.

“Selepas itu dia cuba memuji-muji saya kemudian dia bagi kata-kata lucah. Saya sedar Ebit Lew mempunyai nafsu seks yang tidak normal sebab dia minta tengok VC (panggilan video) dia beronani, bagi tengok gambar kemaluan, bagi kata-kata lucah lepas itu minta saya bagi gambar kepada beliau,” kata saksi di Mahkamah Majistret Tenom di sini pada Jumaat.

Dia turut mengakui kesilapannya apabila tidak menyekat nombor pendakwah tersebut malahan mengikuti apa yang dikehendaki lelaki terbabit.

“Silap saya juga tidak terus ‘block’ malah saya cuba ambil peranan untuk menasihatkan beliau supaya menjalani kehidupan dia bersama isteri dia yang bagi saya dia seorang yang baik dengan anak-anaknya.

“Saya tidak pernah goda Ebit dan saya pun tidak pernah terfikir untuk menjalinkan hubungan dengan Ebit apatah lagi untuk tujuan seks.

“Saya masih juga layan mesej-mesej beliau sehingga ada ketika saya ikut kehendak beliau dengan meminta gambar saya. Saya jadi rosak sebab Ebit, dari situ saya berfikir saya adalah bukan orang yang layak untuk nasihatkan beliau,” katanya.

Dia turut menjelaskan ada meminta pandangan dari seorang ustazah berkenaan perkara terbabit, malahan bersama sama berdoa untuk keluar dari permasalahan itu

Jelasnya lagi, laporan polis yang dibuatnya bukan untuk memfitnah atau tidak mendapat wang daripada pendakwah tersebut.

“Kami fikir perlu lapor supaya tidak ada mangsa lain yang rosak oleh Ebit Lew. Saya ada baca di media orang cakap saya lapor sebab tidak dapat duit dari Ebit Lew.

“Tidak, saya tidak pernah dapat duit dari Ebit Lew, pendapatan kami cukup untuk tampung kehidupan kami yang sederhana.

“Saya dikecam, cakap saya fitnah Ebit Lew, saya tidak ada keperluan dan saya tidak fitnah dia. Apa yang dia buat itu memang betul dan dia ramai mangsa pun betul sebab dia mengaku kepada saya pada 29 Julai 2021,” katanya.

Baca juga: Tidak mahu insiden ‘melompat’ lagi, Bersatu tuntut ahli tandatangani akujanji setia pada parti