Pendakwah negara terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew didakwa membuat panggilan telefon serta video terhadap seorang wanita pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.
Wanita berkenaan mendedahkan kepada mahkamah kerana menjadi selaku saksi kesembilan Mahkamah Majistret di Tenom, Sabah semalam.
Wanita tersebut turut menjadi pengadu kes dan melalui pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria pada perbicaraan kes yang melibatkan pendakwah tersebut.
Katanya, dalam panggilan selama 291 saat itu (4 minit 51 saat), dia dapat mengecam suara pendakwah itu kerana pernah mendengarnya melalui media sosial, ceramah dan sesi siaran langsung yang dikendalikan Ebit Lew.
Dia turut mendedahkan ada menerima panggilan selama 291 saat itu (4 minit 51 saat) dan juga mengecam suara yang memanggilnya iaitu Ebit Lew.
“Saya ingat masa itu beliau (Ebit Lew) bertanya tentang saya dan keluarga…dia tanya berkenaan pekerjaan, apa masalah yang dihadapi sehingga berminat dengan program beliau dan saya pun masa itu beritahu tentang keluarga saya dan permasalahan saya,” katanya.
Terdahulu, dalam pemeriksaan utama, Zahida bertanyakan kepada saksi sambil merujuk dokumen daripada syarikat telekomunikasi Celcom mengenai maklumat pelanggan dan butiran panggilan, sama ada terdapat panggilan yang dibuat daripada nombor telefon Ebit Lew kepada saksi.
Saksi berkata, pada tarikh tersebut pendakwah tersebut menghantar mesej buat pertama kalinya selepas dia memberikan nombor telefon di Instagram tertuduh pada 3 Mac 2021.
Dia turut mendakwa Ebit semakin sering menghantar mesej sehingga 29 Mac 2021 dan berani menulis perkara berkaitan hal seksual.
Saksi berkata, jam 11.35 pagi pada 22 Mac 2021, Ebit Lew yang memberitahu sedang transit di Dubai mahu melakukan panggilan video kepadanya namun wanita itu bertindak mematikannya.
“Dia terus buat panggilan video call, saya terus ‘off’. Dalam teks (Whatsapp) itu dia tanya kenapa ‘off’ (telefon), ‘tak aci’.
“Seingat saya masa itulah dia (Ebit Lew) buat panggilan video call dalam keadaan tidak berbaju,” katanya lagi.
Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.
Baca juga: Kecoh ada anak VIP terbabit masak di stesen minyak, bakal didakwa hari ini?