Elakkan rasa rugi bila daun pisang banyak rosak-Ini cara simpan daun pisang kekal hijau hingga 2 bulan

Cara simpan daun pisang kekal segar lama dan masih hijau daunnya ini amat sesuai digunakan para peniaga makanan.

Hal ini kerana, ia boleh mengelakkan para peniaga berasa rugi apabila daun pisang menjadi rosak dalam jangka masa yang pendek. Sudah lah banyak kuantiti daun pisang yang digunakan.

Malahan, tips simpan daun pisang ini juga berguna untuk anda yang jarang menggunakannya.

Tak rasa rugi bila beli daun pisang di pasaraya yang memang sedia ada banyak kuantitinya. Mari lihat, cara simpan daun pisang di bawah!

Dapat daun pisang banyak dari kampung. Petua atau cara nak simpan daun pisang ini supaya tahan lama. Boleh tahan sampai 2 bulan daun ini. Kekal hijau dan segar.

Ikat getah daun pisang setiap 4 atau 5 helai.
Rendam dalam air selama 30 minit.
Kemudian toskan atau sejat air sekejap.
Masukkan dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk.

Baca juga: 16 tahun tunggu zuriat, hanya sebulan Allah bagi pinjam, kembar 4 maut di tangan Zionis Israel