Elly Mazlein bersyukur Allah bagi suami yang lebih memahami

Elly Mazlein bersyukur Allah bagi suami yang lebih memahami. Perkahwinan dengan suami keduannya dikatakan lebih baik daripada perkahwinan sebelum ini.

“Saya bersyukur sangat sebab Allah gantikan suami yang sangat baik. Saya tak pernah merasa rasa apa yang suami buat sekarang sama ada untuk saya, anak dan bapa saya.

“Anak saya Sefhia tak pernah rasa sentuhan, belaian seorang bapa dan saya pun tak pernah merasa berjalan dengan suami dan anak. Saya tak pernah rasa semua itu sebelum ini.

“Tapi Alhamdulillah, Allah bagi saya peluang tersebut semula. Saya tak minta apa-apa dengan suami. Cuma minta dia bahagia dengan saya, bertanggungjawab, sayang saya, anak dengan bapa serta setia,”katanya.

Penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein yang menganggap dirinya wanita bertuah apabila kehadiran suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh memberi peluang untuknya mengecap kebahagiaan semula.

Elly turut meluahkan rasa syukur dengan nikmat Allah apabila menggantikan suami yang sangat terbaik untuk dirinya dan sebagai ketua keluarga kecil mereka. Tidak banyak yang diminta, Elly berharap suaminya bahagia dengannya.

Azlan yang juga seorang cikgu bergelar suami Elly atau mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom pada Januari 2020. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Haider Mateen yang kini berusia empat bulan.

Sebelum ini Elly, 41, pernah berdepan kehancuran rumahtangga dengan pengarah Azmi Hatta pada tahun 2015, perkahwinan yang tidak sampai setahun itu meraih perhatian ramai.

Elly diceraikan ketika dia sedang hamil anak pertama, Putri Sara Sefhia yang pada waktu itu baru empat bulan dalam kandungan. Kini Sefhia sudah mencecah usia enam tahun.

Pada masa sama, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu juga melihat segala yang berlaku dengan berlapang dada malah semakin reda dengan ketentuan takdir.

“Kita kena siapkan yang terbaik untuk suami. Tapi kalau kita sudah cuba, tapi bukan rezeki dengan suami bermakna itu memang bukan jodoh kita.

“Saya sudah buat yang terbaik, jadi mungkin bukan rezeki serta jodoh saya,” luahnya lagi dengan tenang.

Baca Juga: Anuar Zain berangkat ke Syria untuk misi kemanusiaan

Baca Juga: Bayaran pengeluaran khas KWSP dipercepatkan mula dikredit hari ini

COMMENTS