Susulan namanya dikaitkan dalam perbualan yang dipercayai berlaku antara Aliff dengan individu yang dinamakan ‘NRF’ melalui aplikasi WhatsApp, pelakon Emma Maembong mengaku bahawa dia silap cuba masuk campur dalam urusan rumah tangga aktor berkenaan.
Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 32 tahun, menjelaskan bahawa dia sebenarnya tidak sepatutnya berbuat demikian tetapi disebabkan oleh rasa ingin tahu, dia bertanya kepada pelakon Ruhainies mengenai beberapa perkara tentang Bella.
“Ya saya mengaku memang salah saya kerana tanya Ruhainies tentang apa yang berlaku. Saya hanya bertanya bukannya mengutuk atau menambah cerita.
“Silap saya kerana saya bertanya tetapi saya tidak bermaksud untuk menyebelahi mana-mana pihak.
“Saya muat naik video ini kerana tidak mahu ada salah faham, bukan saya menyebelahi sesiapa kerana yang salah tetap salah,” katanya.
Emma berkongsi perkara itu melalui sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Rabu.
“Sepanjang saya shooting memang kes Bella ini viral di set penggambaran kami, orang belakang tabir semuanya turut bercakap.
“Saya juga ada mendengar banyak khabar angin tentang perkara yang berlaku. Masa saya dengar cerita itu pun saya kasihan melihat apa yang Bella lalui.
“Tapi saya dengar bila orang bersembang mengatakan sikap Bella yang berlainan dan saya tertanya-tanya,” ujar Emma.
Kata Emma, hubungan mereka hanyalah sekadar sebagai rakan artis, tetapi dia lebih rapat dengan Ruhainies dan memilih untuk bertanyakan kepada aktres tersebut.
“Timbulnya salah faham memang saya ada berborak dengan Ruhanies. Apa yang saya dengar tentang Bella sebelum benda ini viral lagi, takkan saya nak tanya dengan Bella.
“Kalau ikutkan Bella dan Ruhainies, saya lebih selalu duduk semeja dan bersembang dengan Anies (panggilan Ruhainies).
“Bila orang bercerita tentang Bella, perkara itu adalah khabar angin yang disampaikan di set penggambaran dan bukannya saya yang memfitnah.
“Saya rasa tak manis kalau saya terus tanya kepada Bella jadi saya bertanya kepada Ruhainies. Cuma itu salah saya kerana saya bertanya kepada pihak ketiga,” jelasnya.
Pada malam Rabu, individu yang mendakwa kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mendedahkan beberapa perbualan dipercayai di antara Aliff dengan NRF.
Baca juga: Ini kronologi helikopter terhempas pernah gegarkan Malaysia, No 2 tu paling diingati