Enam ditahan kes bakar remaja hingga melecur

Enam ditahan kes bakar remaja hingga melecur. Individu berusia 18 hingga 28 tahun itu dipercayai membakar mangsa dengan cecair yang dipercayai petrol di Kampung Perasing Jaya, Jabor.

Perintah reman terhadap enam suspek tersebut termasuk seorang pada hari ini dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Mahkamah Majistret Kemaman, lapor Utusan.

Hari ini, seorang individu berusia 28 tahun tiba di Mahkamah Majistret Kemaman kira-kira pukul 8.30 pagi dengan diiringi polis sebelum dikeluarkan perintah reman lima hari bermula hari ini.

Lima lagi individu berusia 18 hingga 25 tahun direman semalam sehingga Khamis ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, penganggur yang didapati positif dadah direman hari ini selepas ditahan polis, petang semalam.

Baca Juga: Disimbah cecair sebelum dicucuh api, remaja melecur dibakar rakan

Baca Juga: Tak sambung belajar sebab jadi ‘waiter’ pun gaji RM2k, ‘motivator’ ini balas belajar untuk hidup bukan cari kerja