Enggan daftar status perkahwinan punca wanita ini diculik oleh Pengurus Tahfiz yang juga suaminya

Seorang wanita terpaksa menghadapi detik cemas selepas menjadi mangsa penculikan yang diketuai oleh suaminya sendiri.

Difahamkan bahawa kejadian ini berlaku disebabkan isterinya enggan menemaninya ke Kelantan dan untuk daftar status perkawinan dan isterinya adalah yang juga isteri ke-3.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, beliau berkata mangsa berusia 38 tahun didatangi dua lelaki tidak dikenali di sebuah pangsapuri yang terletak di Jalan Ampang.

Mereka kemudiannya memberitahu mangsa bahawa suaminya sedang menunggunya di tangga. Bagaimanapun, sesampai sahaja di tangga, lelaki itu membawa mangsa masuk ke dalam sebuah kereta dan membawanya secara paksa sehingga ke Kelantan.

Selepas tiba di Kelantan, mangsa telah dikurung di sebuah rumah tumpangan di Pasir Puteh, tetapi berjaya melarikan diri pada 13 Okt semasa suaminya sedang tidur.

Punca penculikan adalah kerana keengganan mangsa untuk bercuti di Kelantan bersama suaminya dan mendaftarkan status perkahwinan mereka,” kata Mohd Azam sambil menambah mangsa adalah isteri ketiga suspek.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Baca juga: Kalau tak nak keluar bajet besar cukup dengan RM100, ini chalet murah yang terletak tepi pantai hanya jalan kaki je