Enjoy dan berfoya-foya di pantai Miami-Anak PM Israel tak mahu ikut perang

Membenarkan anak berfoya-foya di Miami disaat tentera Israel berperang, terutamanya anggota tentera simpanan negara itu kerana terus membiarkan anaknya berusia 32 tahun berada di bandar peranginan, Miami di Amerika Syarikat.

Walaupun negara itu kini sedang berhadapan konflik dengan Hamas dan kumpulan Palestin lain di Semenanjung Gaza.

Akibat kegagalan pentadbirannya menangani serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, tetapi beliau turut dikutuk rakyat negara itu berikutan tindakan anak lelakinya, Yair Netanyahu.

Di sempadan Israel dengan Lubnan, puluhan tentera Yahudi itu telah terbunuh akibat serangan pejuang-pejuang Hezbollah.

Kira-kira 400,000 anggota tentera simpanannya yang berada di seluruh dunia dipanggil untuk kembali menyarung uniform tentera dan memikul senjata, anak sulung Perdana Menteri negara itu tidak mengendahkan panggilan itu dan terus berada di kota peranginan , Miami.

Yair Netanyahu yang merupakan anak sulung kepada Perdana Menteri Israel itu berada di Miami sejak April lalu selepas beliau disaman kerana memfitnah berikutan kenyataannya di dalam laman sosial Instagram.

Beliau telah menjalani kerahan tenaga wajib sebagai anggota tentera Israel tetapi tidak ditempatkan di unit tempur, sebaliknya hanya ditempatkan di unit perhubungan awam tentera.

Tindakan Yair Netanyahu untuk terus kekal berada di Miami dan menikmati suasana tepi pantai itu telah dikritik hebat oleh anggota tentera simpanan Israel.

“Beliau (Yair) sedang menikmati kehidupannya di pantai Miami manakala saya berada di barisan hadapan. Ia adalah kami yang meninggalkan kerja, keluarga, anak-anak kami untuk mempertahankan negara.”

“Keluarga, bapa, anak-anak kesemuanya ditugaskan di barisan hadapan tetapi Yair (anak Benjamin Netanyahu) tidak berada di sini.

Tindakan beliau tidak membina keyakinan terhadap kepimpinan negara,” menurut salah seorang anggota tentera simpanan Israel kepada media negara itu.

Seorang lagi anggota tentera simpanan Israel dipetik oleh media negara itu sebagai berkata: “Saya pulang (ke Israel) daripada Amerika Syarikat di mana saya mempunyai pekerjaan, kehidupan dan keluarga.”

“Tidak mungkin saya boleh berada di sana (Amerika Syarikat) dan ‘meninggalkan’ negara (Israel) dan rakyat saya pada waktu yang kritikal ini. Di manakah anak Perdana Menteri? Mengapakah beliau tidak berada di Israel.”

Baca juga: Ramai terkejut Ustaz Don suruh dengar lagu ColdPlay, “Kalau boleh dengar lagu Fix You..”