Kita semua tahu, tidak perlu lagi saya ceritakan topik yang sedang hangat diperbincangkan di media sosial.
Sebut sahaja nama Alif Teega, pasti anda sudah tahu siapa dan tentang apa yang dibicarakan, terutama di kalangan wanita yang mungkin langsung tidak suka dengan situasi yang terjadi.
Namun, isu ini tidak berkaitan langsung dengan Alif Teega, sebaliknya lebih berkaitan dengan ‘geng’ atau individu yang terlibat. Sebelum ini, individu tersebut pernah membuat lagu yang menjadi trend, iaitu Abang Tesla.
Setelah lama menyepi, Abang Tesla yang peka dengan kontroversi Alif Teega tampil memberikan nasihat tajam kepada para wanita yang mengkritik dirinya dan Alif Teega.
Selain kepada wanita, Abang Tesla juga menyampaikan nasihat tajamnya kepada lelaki yang suka memberikan komen seolah-olah diri mereka sempurna dan bebas dari dosa.
Oleh itu, Abang Tesla mengajak orang ramai untuk mendoakan yang terbaik saja, kerana situasi seperti ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan melibatkan sesiapa sahaja.
“Kepada wanita, jangan rasa lelaki itu baik depan korang, dia tak ada yang lain, aku ada ramai je kawan-kawan macam tu, so korang hati-hati lah, pergi check phone pasangan korang tu, tengok location dia dekat mana, video call dia orang yang jenis suka outstation tu.
“Yang cakap lebih-lebih ni, silap-silap laki dia kelaut entah ke mana. Kepada lelaki, jangan rasa terpaling baik, terpaling bagus, patut kita istiqamah sama-sama.”